Dr. Mahathir tolak pelawaan Tok Mat

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak pelawaan UMNO supaya menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN), Pas serta rakan dari Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata, keengganan berbuat demikian kerana beliau menyedari Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Kata beliau, pelawaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan itu tidak sesuai dengan kepemimpinan negara yang dibarisi oleh pelbagai bangsa dan agama sejak tahun 1957, justeru semua pihak mempunyai hak masing-masing.

“Kita tidak minat untuk membuat kerajaan baharu. Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum.

“(Bahkan) pihak kerajaan, daripada kita merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, sekiranya Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ikhlas mahukan kedudukan Melayu dan Islam dimartabatkan beliau hendaklah menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama BN, Pas dan rakan dari Sabah serta Sarawak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan