Kronologi Isu Perebutan Tanah Felcra Bukit Tanda ,Rantau Panjang Kelantan


1. Awal 1960 - 1970, penduduk sekitar telah meneroka tanah kerajaan tanpa mendapat kelulusan dasar dari Pihak Berkuasa Tanah (masa tu Kelantan diperintah oleh Pas). Lazimnya selepas retah, peneroka akan memasukkan satu permohonan tanah kerajaan melalui Borang Jadual 1 atau lebih dikenali dengan bayar pozek/deposit di Pejabat Tanah dan Jajahan.

( Di Kelantan adalah menjadi perkara lazim tanah tanah yg diduduki/diretah puluhan tahun tapi masih tidak ada geran tanah termasuk tanah tanah rancangan yang dibuka oleh Kerajaan Pas sekitar tahun 1960 - 1970 melalui LKTN).

2. Selepas Pas kalah tahun 1978, melalui inisiatif UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kerajaan BN Kelantan telah memberi kelulusan kepada Felcra, sebuah agensi pembangunan tanah Persekutuan untuk menyelesaikan rentahan tanah haram itu melalui penubuhan Rancangan Pembangunan Tanah Felcra Bukit Tandak pada tahun 1979.

3. Seramai 348 orang peneroka telah dipilih sebagai peserta Rancangan Tanah Felcra Bukit Tandak dan sebanyak Rm6 juta telah dibelanjakan oleh Felcra untuk membangunkan tanah tersebut dengan kosnya dibayar balik oleh peneroka melalui potongan bayaran dividen bulanan yang mereka perolehi.

4. Sebagaimana peserta di semua rancangan tanah LKTN, Kesedar, Felda dan lain lain, mereka tidak akan mendapat hakmilik tanah/geran tanah secara automatik kecuali selepas tempoh tertentu dan melepasi proses tertentu.

5. Pada tahun 2005, Felcra telah menyerahbalik tanah yang mereka bangunkan kepada Kerajaan Kelantan melalui satu rundingan penyelesaian Felcra kerana kegagalan Felcra membayar premium tanah kepada Kerajaan Negeri ke atas semua tanah tanah yg mereka bangunkan.

5. Kerajaan Kelantan, setelah menerima penyerahan hak oleh Felcra telah memberi milik tanah tanah tersebut (bagi tanah yang tidak ada peserta rancangan tanah) kepada PMBK dan diurus melalui anak syarikatnya PMBK Sawit. Manakala bagi tanah tanah Felcra yang ada peserta, Kerajaan berjanji untuk memberi milik kepada peserta rancangan tanah tersebut termasuk di Rancangan Pembangunan Tanah Felcra Bukit Tandak.

6. Ekoran daripada persetujuan Kerajaan Negeri untuk memberi hakmilik/geran tanah kepada peserta tanah Felcra Bukit Tandak, Pas Kawasan Rantau Panjang telah menyenaraikan seramai 209 orang yg didakwa sebagai peneroka tanah yang telah terpinggir pada tahun 1979 oleh Kerajaan BN dan mendakwa mereka juga berhak memiliki tanah tersebut.

7. Tuntutan 209 peneroka terpinggir ini telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tanah dan Kerajaan bersetuju memberi hakmilik tanah termasuk kepada 348 orang peserta tanah Felcra seluas 3 ekar seorang. Keputusan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan peserta asal yang membawa pertikaian yang berlarutan hingga ke mahkamah.

8. Apabila Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas memberi kebenaran kepada satu syarikat swasta dari Kedah untuk menebang dan menjual kayu getah yang ditanam oleh Felcra di atas tanah itu dan kerja kerja penebangan telah dimulakan pada minggu lepas, ianya telah menimbulkan kemarahan kedua pihak peneroka dalam keedaan kemarahan pertama mereka belum pun reda. Situasi ini telah menghangatkan semula isu ini.

9. Bahang panas ini dikatakan semakin membara apabila perkhabaran yang bertiup kencang mengatakan permohonan 209 orang peserta terpinggir ini telah diproses dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tanah, manakala permohonan 348 peserta rasmi Rancangan Tanah Felcra belum jelas status permohonan mereka.

10. Saya menaruh harapan semua pihak akan bertindak bijak supaya hak kepada yang berhak dapat ditegakkan dan keadilan bukan sahaja dapat dilihat, tapi dinikmati oleh semua pihak. Jangan salahgunakan kuasa yang ada atau mengambil kesempatan daripada peruntukkan undang undang sehingga menafikan keadilan yang sepatutnya ditegakkan tanpa mengira kefahaman dan anutan parti politik.

CHE IBRAHIM MOHAMED
Naib Pengerusi,
Parti Amanah Negeri Kelantan.
5hb Oktober 2019.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan