Lebih 100 kawasan Amanah belum jalani pemilihan

TEMERLOH - Lebih 100 kawasan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenal pasti masih belum melaksanakan pemilihan.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Mohd Anuar Tahir berkata, baki tersebut melibatkan kawasan di seluruh negara sambil memberitahu pihaknya optimis pemilihan kawasan terlibat akan diselesaikan dalam tempoh terdekat sebelum berlangsung pemilihan peringkat negeri dan kebangsaan.

"Pada dasarnya, semua berjalan lancar dan kita mengamalkan demokratik," katanya selepas majlis ramah mesra bersama lebih 100 jemaah haji Parlimen Temerloh di Masjid Sri Semantan yang turut dihadiri pengerusi masjid, Nazir Abdullah semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar seolah-olah turut menggambarkan bahawa pemilihan di peringkat kawasan parti itu tidak terkecuali dilanda masalah sehingga merenggangkan hubungan antara ahli namun percaya keadaan akan kembali pulih selesai selepas pemilihan peringkat kebangsaan Disember depan.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan ia bukanlah masalah besar yang boleh menyebabkan perpecahan dalam Amanah

"Selepas Disember nanti, setelah semua selesai pemilihan di seluruh peringkat dijalankan secara demokratik dan diberikan kebebasan kepada mereka semua, saya percaya, (hubungan antara ahli) akan bertaut kembali," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan