Majlis Presiden Pakatan cadang Belanjawan 2020 dipinda

Majlis Presiden Pakatan Harapan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membuat sedikit pindaan kepada Belanjawan 2020 sebelum pembentangannya pada Jumaat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathor Mohamad berkata, pemimpin parti itu telah membincangkan bajet berkenaan dengan panjang lebar dan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mereka.

“Kami berharap MoF akan mengambil kira (cadangan) dan membuat pengumuman semasa pembentangan bajet,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang tadi.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan apa perubahan yang mereka minta.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Sebelum ini beliau telah mengumumkan ia adalah bajet pengembangan yang bertujuan meningkatkan perbelanjaan dan pelaburan domestik dalam menghadapi ekonomi dunia yang suram.

The Malaysian Insight telah melaporkan bahawa kos barangan runcit dan barangan isi rumah yang tinggi adalah kebimbangan utama golongan kelas pertengahan dengan hampir kesemua mereka mahu kerajaan menurunkan harga barang.

Tinjauan rambang yang dijalankan oleh The Malaysian Insight di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak menunjukkan 8 daripada 10 keluarga dalam golongan B40 berkata demikian kepada The Malaysian Insight apabila ditanya apa “harapan utama mereka” untuk Belanjawan 2020.

Kesemua mereka berkata, setiap bulan mereka terpaksa bergelut setiap bulan untuk memastikan makanan cukup untuk anak-anak mereka, bayar bil utiliti, membayar sewa dan pinjaman untuk kereta dan motosikal mereka.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Kementerian Pertanian adalah harapan rakyat supaya harga makanan dapat diturunkan secara penambahan pengeluaran. Harga ikan sangat membebankan terutama kepada yang anak ramai. Apa sebenarnya masalah nelayan ketika ini hanya nelayan dan agensi yang berkenaan dapat menjawabnya.

    BalasPadam