PAS talam dua muka biar MIC bantu suspek LTTE

KUALA LUMPUR,— Setiausaha politik Lim Kit Siang membidas tindakan PAS mempertahankan MIC dalam isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam ( LTTE).

Syahredzan Johan berkata pendirian PAS jelas tidak adil, ekoran parti Islam sebelum ini mengecam DAP apabila memberi khidmat guaman kepada suspek sindiket kes MyKad.

“Bila peguam DAP buat kerja sebagai peguam, PAS hentam. Bila peguam MIC buat kerja sebagai peguam, PAS kata itu hanya menjunjung hak dan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” coretnya di Twitter hari ini.

Syahredzan merujuk kepada kritikan Dewan Pemuda parti itu yang mempertikai bantuan wakil rakyat Jelutong RSN Rayer kepada suspek sindiket MyKad baru-baru ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya hari ini menyifatkan pertolongan MIC wajar.

Perkara itu tegasnya dilakukan bagi memastikan seseorang yang ditahan mendapat haknya seperti yang dijamin di sisi undang-undang.

“Sekiranya mereka dibuktikan bersalah dan disabitkan mahkamah, maka semua pihak perlu akur dan menyerahkannya kepada proses undang-undang untuk dilaksanakan,” tambah Takiyuddin.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan