Pemaisuri Agong melancarkan buku “Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat”

Oleh Salahuddin Ayub

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di atas limpah perkenan sudi bercemar duli melancarkan buku “Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat” siang tadi.

Detik bersejarah ini pastinya akan menjadi kebanggaan dan kenangan terindah buat warga Kementerian dan FAMA, kerana majlis pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Objektif utama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan FAMA menerbitkan buku ‘Ulam-Ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat’ ini adalah untuk menarik minat golongan sasar terutamanya golongan muda untuk mengenali jenis ulam-ulaman di Malaysia serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai khasiat yang terkandung di dalamnya.

Apabila minat, kesedaran dan pengetahuan mengenai khasiat ulam-ulaman dapat ditingkatkan di kalangan rakyat, permintaan terhadap ulam-ulaman tempatan juga turut dapat ditingkatkan dan keadaan ini memungkinkan ulam-ulaman tempatan berpotensi menjadi salah satu sumber kekayaan baharu yang boleh diteroka dan mewujudkan peluang yang besar untuk usahawan-usahawan menceburkan diri dan mengkomersialkan sektor ini.

Syabas dan tahniah kepada FAMA kerana telah berjaya menghasilkan buku yang menghimpunkan maklumat mengenai ulam-ulaman yang merupakan khazanah negara yang sangat bernilai, yang memudahkan orang ramai terutamanya generasi muda untuk membuat rujukan mengenai khasiat yang terkandung di dalam ulam-ulaman tempatan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan