Pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan perlu perhatian rapi, kata Mahathir

Malaysia melakar pencapaian memberangsangkan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, bagaimanapun masalah berkaitan kemiskinan masih wujud dan memerlukan perhatian dasar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Malaysia tidak lagi hanya bergelut dengan kemiskinan mutlak, sebaliknya turut berdepan kemiskinan relatif, kelompok kemiskinan berterusan dan kemiskinan bandar selain ketidaksetaraan yang semakin meningkat.

“Sungguhpun kemiskinan luar bandar masih terus kritikal, kemiskinan bandar pula memerlukan perhatian dan preskripsi dasar. Kelompok kemiskinan berterusan menjadi penghalang kepada penyelesaian dasar di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Forum Pembasmian Kemiskinan: Pembangunan Inklusif dan Sejahtera Dalam Malaysia Baharu, bersempena Hari Antarabangsa Yayasan Sejahtera 2019 di sini hari ini.

Perdana menteri berkata perhatian rapi perlu diberi terhadap pengagihan pendapatan dan kekayaan, kerana kemajuan ke arah mengurangkan kemiskinan akan terbantut melainkan penambahbaikan dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan wujud seiring dengan pengurangan kemiskinan.

“Pengalaman mengajar kami bahawa pertumbuhan ekonomi itu sendiri tidak berpadanan dengan pembangunan bagi semua. Purata menyembunyikan banyak ketidaksetaraan.–BERNAMA
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan