Rosak kerajaan jika terima nasihat Ahmad Maslan, sindir Dr M

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan kerana mahu menawarkan nasihat percuma kepada Putrajaya untuk mengatasi pengurangan kutipan hasil sebanyak RM20 bilion susulan pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada tahun lalu.

Perdana menteri berkata, pentadbiran kerajaan akan rosak jika ia menerima nasihat bekas timbalan menteri kewangan itu.

“Terima kasih kerana tawar nak jadi penasihat, maka rosaklah kerajaan,” katanya disambut gelak tawa ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahmad bangkit mencelah pada waktu pertanyaan menteri dengan berkata, selepas melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kadar inflasi berkurangan daripada 3.2 peratus pada 2014 kepada 2.1 peratus pada 2015.
“Sebanyak 170 daripada 194 negara melaksanakan GST. Itu ialah 88% (daripada seluruh dunia). Anda (Mahathir) suka pergi ke Jepun, mereka juga melaksanakan GST.

“Di sini, ekonomi hitam kita berada pada RM30 bilion, itu sebabnya kita perlukan (GST),” katanya kepada Mahathir.

GST yang dilaksanakan kerajaan terdahulu mulai 1 April 2015, dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Pada 3 Okt lalu, Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji untuk mengembalikan semula GST, jika itu kehendak rakyat.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula mencadangkan Putrajaya memperkenalkan semula GST pada kadar lebih rendah, iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan