Umno Tanjung Piai desak serah kerusi, mahu bertanding ganti MCA

PETALING JAYA: Umno bahagian Tanjung Piai mendesak kerusi Parlimen itu diberikan kepada parti tersebut kerana yakin mampu memenanginya pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

Ketua Umno bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan berkata sebanyak 88 ketua cawangan dalam Umno Bahagian Tanjung Piai meluluskan resolusi bersama-sama dalam satu mesyuarat pada Sabtu lalu.

“Kita Umno bahagian Tanjung Piai yakin menuntut kerusi itu diberikan kepada Umno pula.

“Sebabnya, pertama kerusi MCA itu terlalu lama sedangkan kita mempunyai majoriti Melayu di kawasan itu berbanding kaum Cina. Oleh kerana calon kita telah tewas, adalah bagi saya sesuai giliran diberi kepada Umno pula,” katanya
PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik.
Farid yang merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan naib ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 Sept lalu.
Kerusi Tanjung Piai secara tradisinya menyaksikan pertembungan MCA dan D
AP, tetapi DAP menyerahkan kerusi itu kepada PPBM pada PRU14 yang menyaksikan Farid bertanding buat kali pertama dan memenangi kerusi tersebut.

Farid memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi, menewaskan penyandang dari BN, Wee Jeck Seng yang memperoleh 20,731 undi serta calon PAS, Nordin Othman yang meraih 2,962 undi.

Mengulas lanjut, Jefridin berkata dengan perubahan suasana ditambah perpaduan ummah antara PAS dan Umno, beliau yakin dapat memenangi kerusi tersebut.

Katanya, penduduk Tanjung Piai lebih senang jika meletakkan calon Melayu.

“Kita akan kemukakan ini kepada perhubungan negeri Umno Johor untuk kita minta mereka bawa ke peringkat presiden.

“Terutama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. MKT akan adakan mesyuarat Khamis ini, dan saya harap perkara itu dibincangkan,” katanya.

Jefridin juga berkata ada menghantar senarai calon untuk dinilai oleh perhubungan Umno Johor, termasuk beliau sendiri.

“Saya diberi mandat oleh ahli-ahli cawangan untuk disenaraikan sebagai calon,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan