Dua tugas penting PH di Tanjung Piai

Pemimpin bersama-sama jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) mempunyai dua tugas penting untuk dilaksanakan sebelum dapat mengekalkan penguasaan di Tanjung Piai, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. 

Pertama, katanya, pengundi Tanjung Piai perlu dididik untuk menjadi warga paling celik media supaya dapat mengenal pasti pembohongan, berita palsu dan ucapan kebencian di platform atas talian khususnya Whatsapp. 

“Ini kerana pengundi Tanjung Piai kini menjadi sasaran ‘influencer’ yang licik dan dibayar dengan gaji yang tinggi untuk menghasilkan dan menyebarkan dengan pantas ucapan kebencian, berita palsu dan pembohongan-pembohongan mereka di sosial media,” katanya dalam kenyataan. 

Tugas kedua, tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, adalah untuk menyakinkan pengundi Tanjung Piai bahawa pertembungan sebenar pilihan raya kali ini adalah antara Harapan dan Muafakat Nasional yang terdiri daripada PAS dan UMNO serta visi yang dibawa mereka.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada 16 November akan bergantung kepada kejayaan pemimpin Pakatan Harapan untuk menjalankan kedua-dua tugas penting ini,” ujarnya. 

Antara berita palsu yang dimainkan pada kempen PRK kali ini adalah dakwaan bahawa kononnya kerajaan PH gagal menunaikan sebarang janji pilihan raya setelah 18 bulan mentadbir Malaysia. 

Sedangkan kerajaan PH telah menunaikan 60% daripada janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan