“Setakat ini kita tidak nampak ia (perang dagang) akan berakhir namun ia akan berubah jika Donald Trump tidak dilantik semula (menjadi Presiden).
Tambah Dr Mahathir, China turut menyuarakan kebimbangan dan mahu perang dagang dihentikan.
“Mereka mahukan dunia yang aman,” katanya.
Sementara itu menurut seorang pegawai kerajaan yang turut hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-China, Dr Mahathir turut menyeru China untuk mencari penyelesaian secara baik bagi menghentikan ketidaktentuan ekonomi.
Pada Jun 2018, Trump mengenakan tarif dan halangan dagangan lain ke atas barangan China bagi memaksa negara 'tembok besar' itu menghentikan “amalan dagangan tidak adil” susulan lambakan produk murah dari China.
China pula mengambil tindakan balas dengan mengenakan tarif yang sama terhadap import AS.
Pada 1 November lepas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberikan lampu hijau kepada China untuk mengenakan sekatan bernilai AS$3.6 bilion terhadap barangan AS
0 comments:
Catat Ulasan