KUALA LUMPUR— Rangkaian Ah Cheng Laksa menafikan penggunaan darah babi dalam masakan di restoran kendaliannya.
Pengarahnya, Goh Chun
Hiang berkata dakwaan yang berlegar di media sosial tidak benar dan satu
laporan polis sudah dibuat berkaitan isu terbabit.
“Makanan keluaran dari Central Kitchen Ah Cheng Laksa adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kesemua bahan dan
penyediaan makanan yang disediakan di semua cawangan Ah Cheng Laksa
adalah dibekalkan dari Central Kitchen kami sahaja yang disahkan halal,”
katanya.
Goh membuat laporan polis semalam selepas dimaklumkan Jakim mengenai dakwaan tular berkenaan di aplikasi WhatsApp.
Berdasarkan sijil pengesahan halal yang dimuatkan di Facebook, Jakim memperakukan 10 item Ah Cheng Laksa sehingga Oktober 2020.
Bagaimanapun, Goh dalam
kenyataan sama berkata Ah Cheng Laksa akan membuat permohonan halal
kepada semua cawangannya di negara ini.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan