MUAR, — Golongan generasi muda yang terlibat dengan kegiatan
basikal lajak perlu diberi bimbingan bagi menjadikan mereka insan yang
berjaya dan bukan dihukum, kerana terlibat dengan kegiatan tersebut,
kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau yang juga Anggota
Parlimen Muar berkata segelintir daripada masyarakat di negara ini suka
menghukum dan gagal membimbing, namun sebaliknya generasi muda ini
perlukan bantuan dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghulur
bantuan tersebut.
Katanya di sebalik kutukan yang diterimanya kerana
mengambil pendirian membimbing golongan ini, beliau memilih untuk terus
melatih mereka dengan pendidikan TVET, mendidik tentang keselamatan
jalan raya dan memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal
Negara.
“Saya akan terus
mendekati komuniti ini. Saya mahu mereka jadi anak-anak yang berjaya.
Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat dan mengasah bakat mereka
dengan cermat. Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang.
“Kehilangan
nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.
Marilah kita mencari jalan membantu dalam membimbing golongan muda ini
sehingga berjaya. Kita perlu lakukan untuk Malaysia,” katanya menerusi
kenyataan bertajuk “Menteri Mat Lajak” di sini hari ini. — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan