Parti agama kerasukan di Tanjung Piai

Oleh Mohd Sayuti Omar


PENERIMAAN secara terbuka Parti Agama Malaysia (Pam) terhadap calon BN daripada MCA di Pirake Tanjung Piai bukan satu tindakan mengejutkan. Bagi yang sudah lama "geli geleman" dengan cara Pam berpolitik ia sikit pun tidak menghairankan.

Bagaiman pun bagi mereka yang selama ini menerima setiap segala hukum dan doktrin politik parti itu, mungkin terperanjat dengan keputusan diambil Pam itu, menyokong seorang calon yang bukan apa yang ditegaskan sebelum ini. Wee Jeck Seng adalah seorang bukan beragama Islam. Dia adalah kafir.

Apabila Pam memalingkan kiblatnya menyokong bukan Muslim satu kelakuan yang pelik. Jika ia diibaratkan kepada manusia, tindakan itu seperti orang dirasuk hantu. Orang dirasuk tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya.

Pam sebelum ini menekan soal hukum hakam agama dalam politik jihadnya. Kononnya semua tindakan, keputusan dan pandangan Pam dibuat berlandaskan hukum hakam. Agama adalah matlamat perjuanganya, syurga adalah cita-cita akhirnya. Ewah...

Serentak itu parti itu menolak orang kafir. Seruan Allahuakbar itu adalah penghambat dan tindakan psikologi kepada non Muslim. Dalam konteks ini soal bangsa, Pam tidak bersifat perkauman kerana mereka menerima, manusia itu sebagai makhluk Allah seketurunan dengan Adam dan Hawa. Pandangan ini yang ditanam oleh arwah Tokguru Nik Aziz Nik Mat, adalah tepat.

Tetapi apabila Pam sedia memberi sokongan (undi) kepada calon bukan Muslim satu kepelikan yang sukar untuk difahamkan. Tindakan ini sebagai mengubah paksi diri bukan 180 darjah tetapi 365 darjah. Mereka yang waras dan selama ini berikhtikad kepada doktrin Islami Pam jadi bingung kelu.

Tidak ada hujah dan dalil "mutlak" penerimaan Pam kepada calon bukan Muslim di Tanjung Piai itu. Presiden Pam alias Syaiqul Kelian, Abdul Hadi Awang hanya memberi alasan, Wee Jeck Seng perlu disokong kerana Mufakat Nasional mempunyai majoriti orang Muslim. Mufakat Nasional adalah kombinasi di antara Pam, Umno dan parti serpihan, Berjasa.

Beliau juga sekali lagi menggunakan agama sebagai justifikasinya. Kononnya apa yang dilakukan itu bukan sesuatu yang direka sebaliknya ia digali daripada al-Quran, disuruh oleh kitab mujizat Muhammad itu. Oh rupanya kepentingan menyokong calon bukan Muslim dan meninggalkan calon Muslim ini baharu ditemui hari ini. Apakah yang para ulama Pam termasuk Hadi lakukan selama ini, apakah dalam penggaliannya selama ini tidak ditemui suruhan itu? Cis.

Sekiranya Wee Jeck Seng seorang Muslim tidak menjadi masalah kerana bangsa dan kaum itu bukan sesuatu yang jadi sempadan dan jurang membezakan dia dengan Pam. Bagaimana pun kerana ia bukan Muslim ia bercanggah dengan prinsip Pam yang dipegang selama ini.

Beberapa ayat Quran yang dibaca mengenai bahaya memilih bukan Muslim sebagai pemimpin (wali) dan larangan tentang itu. Apakah semua ayat-ayat perintah dan hukum itu sudah terbatal? Di sini malas saya untuk menurunkan ayat-ayat yang sebelum menjadi tetuat dimulut orang Pam.

Pertentangan prinsip Pam dengan calon BN itu bukan sahaja dari konteks pegangan agama, tetapi ia juga berkadas kilas dari segi perlembagaan kedua-dua parti itu. Pam sangat obses dan prihatin mengenai prinsip perjuangan berlandaskan Islam. Tetapi kenapa di Tanjung Piai ini Pam melupai itu semua?

Justeru melihat kepada sikap buang tabiat Pam secara mendadak ini ia seakan ada sesuatu yang bergolak dalam jiwa Pas. Seperti Pam sudah kehilangan perlembagaan. Atau perlembagaannya sudah terbakar atau sengaja dibakar demi untuk memuaskan nafsu dan dendam.

Perubahan mendadak secara ganjil ini dan ia rasional dalam senario politik Malaysia menunjukkan Pam memahami hakikat dan kedudukan negara ini majmuk. Bahawa kalau setakat Pam bersama Umno, (sesama Melayu sahaja) ia tidak mampu untuk menguasai Malaysia. Mereka tidak akan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Kesedaran itulah dilihat kenapa Pam sedia mengalih kiblat di Tanjung Piai ini. Kiblat yang dibina selama ini bahkan masih dipraktikan di Pirake Cameron Highlands dicampak ke laut begitu sahaja. Di Pirake Cameron Highlands Pam masih waras apabila menyuruh ahli dan penyokongnya mengundi calon Muslim.
Mengenai realiti politik Malaysia ini sebenarnya sudah lama diperkatakan oleh pengkaji sosio-politik Malaysia yang dilihat kepada demografi politiknya. Patutnya Pam tidak jadi pandir untuk lewat menerima hakikat ini. Begitulah nasib Pam selalu jadi persis Lebai Malang ke hilir terlepas ke hulu terpelai.
Pam parti yang bukan sahaja tidak jujur tetapi tidak gentlemen. Parti ini selalu mencari hujah dangkal dan menyalahkan pihak lain untuk menghalalkan tindakan yang diharamkan sebelum ini. Untuk mengubah kiblat atau mengalih tokong politiknya di Tanjung Piai ini, mereka menunding jari kepada DAP.

Menurut Syaiqul Keliannya, DAP tidak seperti MCA. DAP parti ekstrem, manakala DAP bukan seekstrem DAP. Apa yang Pam tunding itu sebenarnya menunding kepada mukanya sendiri. Parti itu lupa apa yang dilakukan selama ini. Sikap lupa, berganjak pendirian dan kadang-kadang kerasukan inilah menyebabkan intergiti parti itu dipersoalkan.

Apakah Pam tidak sedar yang DAP yang dikatakan ekstrem itu sudah dua kali "dinikahinya" -- menjalini kerjasama dengan parti Chuvenis itu. Pertama semasa menjelang Piraum tahun 1990. Pam bekerjasama dengan DAP dalam Angakatan Perpauan Ummah dan Gagasan Rakyat menentang BN.

Kali kedua ialah pada Piraum tahun 1999, Pam berkerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat juga menentang BN. Pemimpin Pam berceramah sepentas dengan pemimpin DAP, berpelukan malahan makan dan minum bersama. Bau babi ditangan DAP pun Pam lupa. Kenapakah ketika itu Pam tidak nampak akan sikap ekstrem DAP?

Apakah kesedaran baharu itu setelah Pam dipimpin sepenuhnya secara autokrasi (oleh Abdul Hadi yang dianggap sebagai Syaiqul Kelian). Kerjasama Pam dengan DAP itu berlaku diera Pam dibawah pimpinan kerohanian Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sikap dan pendirian Pam kepada DAP berubah ketara sebaik sahaja selepas kematian Nik Abdul Aziz, dimana selepas itu Abdul Hadi menjadi pemimpin yang mempunyai kuasa penuh ala Imam dalam Syiah.

Apakah kehalalan kerjasama dengan DAP ketika itu dan penaklidkan pada waktu ini ia diatas keputusan peribadi pemimpinnya? Ertinya semasa Nik Aziz hidup ia adalah keputusan atau itjihad peribadinya? Mungkin, sebab kalau kerjasama itu diambil daripada syura Pam, ia akan tidak mudah dikluk klikkan seperti dilakukan Hadi.

Dalam hal ini nampak, penolakan dan penganggapan DAP sebagai ekstrem ia sengaja diadakan-adakan. Pam khasnya Abdul Hadi mereka-reka sesuatu untuk helah politiknya. Jika kewujudan DAP itu ekstrem daripada asalnya, jelas kerjasama dengan parti itu tidak akan berulang sampai dua kali. Sampai terpaksa bercina butalah untuk kahwin kali kedua dengan DAP.
Mengenai Pirake Tanjung Pia, jika Pam masih kekal dengan prinsip ditegakkan selama ini, mahu membela Islam dan mengutamakan pemimpin Muslim, kenapa mereka tidak mahu terima calon Muslim lain. Dialam Pirtake itu bukan sahaja ada Tok Imam Karmanie Sardini daripada PH, tetapi ada juga Dr Bardhulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa. Bahkan paling menghairakan Berjasa adalah komponen Gagagsan Sejahtera yang dipelupori oleh Pam sendiri tetapi parti itu tidak memberi sokongan. Pelik dan bingung serta gong gong dong. 3 kali gong.
Segala tindakan itu semua memelik dan menyebabkan mereka yang waras kesekian lama mengikut perjuangan Pam jadi kian keliru dan semabur dengan teori asing dan juga taktikal politik ganjil presiden parti itu yang "berkluk klik" macam keli dalam besen.

Syaikul Kelian itu mengharu birukan semua pemikiran orang dan inilah kehebatan Hadi yang pernah dibayangkan akan menjadi pemimpin hebat Asia suatu masa dahulu. Rekod yang dicatatnya bukan kejayaan politik memimpin ummah tetapi rekod merubah pendirian dan merombak prinsip asal Pam paling banyak.

Tindakan beliau bukan sahaja memelikan tetapi dilihat bercelaru. Kenapa beliau megambil masa lebih 60 tahun untuk menyerang DAP secara total dan menerima MCA. Baru-baru ini beberapa anggota parlimen Pam telah mengadakan demostrasi aman di parlimen mendesak kerajaan mengharamkan DAP. Kenapa baru sekarang ini?

Tindakan Pam itu juga tidak masuk akal dan lebih tohor daripada pemikiran anak-anak di Pasti kerana tindakan mereka itu seperti menyuruh kerajaan (Dr Mahathir) selak kain di khalayak. Apakah Pam terlupa yang kerajaan PH hari ini ianya adalah milik bersama DAP. Dimanakah logiknya kerajaan untuk bertindak mengharamkan parti yang membentuknya. Gila dan tolol. Kecelaruan dan kebebalan itu terhasil dari doktrin pemimpin yang tolol dan mabuk.

Langkah bermusuh dengan DAP dan berbaik dengan MCA adalah langkah lewat dan tidak strategis. Pam baharu hendak berbaik dengan MCA selepas parti itu tidak memiliki apa-apa kuasa. Semasa parti itu berkuasa dengan Umno dilawan dan dihenjah semau-mauhnya. Bukankah cara Pam berpolitik itu surut ke belakang dan bergerak seperti biawak Komodo yang kalah berlaga.

Saya tetap menganggap segala tindak tanduk dan sikap baru dalam Pam itu adalah mencerminkan sikap dan pemikiran presidenya. Hadi menggunakan kedudukan dan kusa preogatif untuk mentadbir Pam mengikut nafsunya bukan mengambil kira suara ramai. Syura yang dilaung-laungkan dalam Pam sudah lama mati dan ianya hanya geruh yang tidak pernah menitikkan hujan. Yang ada kini adalah kukubesi yang memperalatkan agama dan hukum Tuhan.

Sepekara lagi kenapa saya berhujah ia kehendak Hadi, kerana setakat ini hanya Hadi seorang sahaja yang sanggup menjinjing tangan Wee Jeck Seng, tetapi pemimpin Pam lain masih belum berbuat demikian. Dan kalau pun ada pemimpin kanan, hanya Idris Ahmad yang terkinding-kinding untuk duduk semeja dan sama-sama menjinjing tangan Jeck Seng tetapi tidak berkesempatan. Tidak hairan kalau Idris juga terliur kerana kita boleh faham cara Naib Presiden Pam ini berpolitik ia lebih kurang Zahid Hamidi juga.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan