India telah mengimport sejumlah 540,470 tan minyak sawit pada Februari lepas namun hanya 5,890 tan dari Malaysia, demikian menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India.
Pada Januari lepas, jumlah import minyak sawit dari Malaysia adalah 136,219 tan manakala Disember sebanyak 110,562 tan.
Walaupun tiada sebarang sekatan rasmi mengenai pembelian minyak sawit Malaysia, New Delhi dikatakan tidak menyenangi tindakan Malaysia mengkritik pendiriannya dalam isu pertikaian Kashmir dan dilihat tidak menggalakkan pengimport daripada berurusan dengan syarikat-syarikat Malaysia.
Langkah itu khususnya, membabitkan syarikat-syarikat Malaysia walaupun sekatan itu tidak menyasarkan mana-mana negara.
Bahagian pasaran minyak sawit pada Februari juga susut berbanding minyak lain seperti kacang soya dan bunga matahari yang mewakili 50 peratus daripada kira-kira berjuta-juta tan import minyak sayuran.
-- BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan