3 Minggu Yang Sia - Sia Dalam Menangani Covid 19 Malaysia

Oleh Hayar Hassan

Dalam kita menyelusuri musibah COVID-19 di Malaysia, bumi tercinta ini, kita pasti akan temui beberapa perkara menarik. Cuma nya saya ingin mengajak masyarakat yang prihatin supaya meninjau nya dari sudut pandang politik tanah air.

Ia nya menjadi cukup menarik lagi apabila akhbar portal MALAYSIAKINI mempaparkan suatu tajuk berita pada hari ini 17 April 2020 bertajuk “ Jomo: Krisis politik di bulan Februari bazir masa hadapi Covid-19”.

Pakar ekonomi Malaysia, Dr Jomo Sundram yang pernah berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNITED NATIONS) telah menzahirkan kekecewaan nya betapa Malaysia telah mensia-siakan tempoh masa 3 minggu yang cukup berharga dalam menangani musibah pendemik COVID-19. Dalam tempoh masa 3 minggu ini lah berlaku nya episod-episod LANGKAH SHERATON dan penubuhan Kerajaan Pintu Belakang@Ikut Atap.

Berdasarkan kepada laporan dan carta-carta Malaysiakini sekitar musibah Covid-19 ini, sekarang ini kita sedang berada dalam Gelombang Kedua.

Gelombang Pertama musibah Covid-19 ini dikatakan bermula sekitar 24 Januari 2020 dan berakhir pada 15 Februari 2020. Dikatakan, dalam tempoh ini Malaysia mempunyai 22 kes Covid-19. Covid-19 ini dikatakan dibawa masuk oleh pelancong luar, antara nya dari Republik Rakyat Cina dan Eropah. Mereka, seramai 22 orang telah dirawat di Hospital Sungai Buloh dan sebuah Hospital di Johor.

20 orang telah semboh dan telah dibenarkan keluar daripada hospital. Hanya 2 orang masih terus menerima rawatan. Tiada sebarang kematian. Kita juga telah dimaklumkan bahawa baki 2 orang pesakit itu telah sembuh dan telah pulang ke negara masing-masing.

Daripada tempoh masa 16 Februari 2020 hingga 27 Februari 2020 tiada sebarang kes baru.

Maka berakhir lah Gelombang Pertama Covid-19 di Malaysia! Perlu ditegaskan bahawa kejayaan mengawal dan menangani musibah Covid-19 ini dalam Gelombang Pertama ini adalah hasil kerja kuat dan kecekapan Kerajaan Pakatan Harapan(PH) dimana Menteri Kesihatan pada waktu itu adalah YB Dato’ Seri Dr Dzukifli Ahmad dengan dibantu oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dato’ Dr Norhisham Abdullah.

YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri pula adalah sebagai Pengerusi Majlis Bencana Negara. Ini adalah suatu fakta yang sukar untuk dinafikan. Ucapan tahniah serta terima kasih kepada semua yang terlibat.

Seperti yang kita maklumi, Himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling telah diadakan mulai 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

 Dikhabarkan bahawa dalam himpunan ini telah disertai oleh seorang rakyat Malaysia yang baru balik daripada Korea Selatan. Beliau akhirnya disahkan positif Covid-19.

Disini lah bermulanya Gelombang Kedua yang disebarkan oleh rakyat tempatan. Setakat hari ini, 17 April 2020 telah ada 5,182 kes Covid-19. Jumlah semboh adalah 2,967(57.2%). Jumlah kematian setakat hari ini adalah 84 orang(1.62%).

Dikhabarkan, kluster Seri Petaling ini telah menghasilkan 1,949 kes Covid-19.

Persoalan yang sering ditimbulkan adalah, “ Bagaimana kah Himpunan Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling pada 27 Februari 2020 itu boleh diizinkan ? Adakah bahagian risikan negara tidak boleh mengjangkakan bencana yang bakal ditimpa kepada negara ?”

Sepatutnya pihak berkuasa tidak memberikan izin kepada penganjur untuk mengadakan suatu perhimpunan yang berskala besar itu. Dikatakan perhimpunan Seri petaling ini telah mengumpulkan sekitar 20,000 orang.

Kerajaan Republik Indonesia(RI) telah berjaya menahan perhimpunan yang serupa daripada diteruskan di Sulawesi. Seandainya kita berjaya membatalkan perhimpunan di Seri Petaling itu, banyak jiwa boleh diselamatkan dan berkemungkinan sekarang ini kita sudah bebas daripada musibah Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan(PKP@MCO) juga tidak perlu diadakan. Kita boleh menjalani kehidupan seperti sebelum nya. Mungkin inilah suratan takdir yang kita sama-sama terpaksa lalui hanya kerana gara-gara adanya segelintir politikus yang lebih mengejar cita-cita peribadi daripada kesejahteraan rakyat terbanyak.

Budaya masyarakat kita selepas ini akan melalui terlalu banyak “ New Normals”.

Diharapkan kita semua, khususnya yang beragama Islam boleh kembali semula menjalankan ibadah solat berjamaah waktu, solat Jumaat , solat jenazah, kelas-kelas pengajian(majlis Ta’alim) di masjid-masjid. Banyak juga majlis-majlis Walimatulurus(perkahwinan) terpaksa ditangguhkan.

Aktiviti-aktiviti keagamaan ini yang sudah menjadi rutin harian dan mingguan terpaksa kita tangguhkan buat sementara waktu.

Cukup menyedihkan dan jiwa menjadi cukup terpukul kerana telah beberapa minggu kita tidak menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu secara berjamaah. Bayangkan nanti semasa bulan Ramadhan yang bakal datang dalam 1 minggu lagi, kita terpaksa solat tarawikh di rumah.

Adakah Solat Aidil Fitri juga kita terpaksa lakukan di rumah sahaja, gara-gara arahan Stay At Homes.

Majlis-majlis budaya dan adat kebiasaan seperti kunjung mengunjungi sesama keluarga dan jiran tetangga terpaksa kita batalkan. Belum lagi mengambil kira bulan Ramadhan dan Ibadah Haji yang akan datang ini.

Adakah kita perlu menyesuaikan diri dengan terlalu banyak New Normals yang dipaksakan kepada masyarakat kita hanya gara-gara kecuaian dan kekhilafan segelintir pemimpin kita. Semoga musibah Covid-19 ini segera berakhir dan semua rakyat dapat beraktivitas seperti sediakala.
















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: