Apakah Tun Mahathir Masih Punya Manaoeuver Politiknya Pasca Covid -19 ?

Oleh Hayar Hassan

Seperti yang kita maklum, Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)@Movement Control Order(MCO) telah dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020. Perdana Menteri Malaysia ke 8, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin(TSMY) telah mengumumkan nya semalam, tanggal 23 April 2020. Maksud nya semua pergerakan rakyat dihadkan kepada perkara-perkara penting sahaja yang melibatkan mencari keperluan penyediaan makanan keluarga, kesihatan dan kematian.

Ini bermaksud, sebarang aktiviti politik yang melibatkan ramai orang adalah tidak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar perintah PKP ini boleh didakwa dimahkamah, termasuk lah orang-orang politik juga. Dikhabarkan seramai sekitar 19,000 orang rakyat Malaysia tempatan dan warga asing telah didakwa kerana kesalahan PKP ini.

Rakyat semua ternanti-nanti adakah ada juga orang politik yang bakal didakwa atas kesalahan tidak mematohi PKP ini. Dikhabarkan juga ,ada beberapa kes yang melibatkan orang-orang besar@VIP Kerajaan Perikatan Nasional(PN). Benar kah wujud juga episod-episod “ Antara Dua Darjat” dalam isu ini ?

Jawapan-jawapan nya akan lebih mudah kita perolehi seandainya Parlimen segera bersidang. Seimbas pandang, keadaan sebegini semacam memberikan kelebihan kepada Kerajaan Perikatan Nasional(PN) untuk menguruskan negara tanpa sebarang gangguan pembangkang. YAB TSMY masih boleh terus mentadbir dan menguruskan negara tercinta ini daripada rumah sahaja, Just Stay At Home.

Kita tidak tahu semasa melaksanakan Langkah Sheraton dan Penubuhan Kerajaan Atap ini, pihak-pihak yang terlibat ini sememang nya tahu bahawa musibah Covid-19 ini akan menjadi sebuah pendemik yang menggugat ekonomi negara dan rakyat jelata. Adakah manouevre politik mereka ini berlaku secara kebetulan atau sengaja dirancang dengan mengambilkira PKP ini ?

 Satu perkara menarik yang saya ingin sentuh kali ini adalah seputar silat-silat politik TM seusai pasca Covid-19 ini nanti. Ianya adalah bersifat spekulasi sahaja. Banyak pihak mengjangkakan PKP ini akan hanya dibatalkan seusai perayaan Aidil Fitri tahun 1441 H ini.

Seperti yang kita dimaklumkan, YAB TSMY, Perdana Menteri ke 8 bersetuju untuk mengadakan sidang Parlimen pada 18 Mei 2020.

Sayangnya sidang ini cuma untuk satu hari sahaja, tiada sessi perbahasan, sessi soal jawab dan tanpa sebarang usul. Begitu gentar sekali Kerajaan PN untuk ke Parlimen !

Agenda utama sidang Parlimen ini adalah khusus membincangkan Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Apa pun YB TM sudah menyatakan bahawa beliau akan hadir dan akan mengambil tempat duduk di barisan pembangkang. Beliau tidak mahu dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Rasanya jawatan ini lebih sesuai untuk disandang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI).

Keberadaan YB TM di barisan pembangkang adalah sesuatu yang bersejarah dan menarik perhatian ramai. Setahu saya ini adalah pengalaman baru dan pertama buat YB TM. Ia nya juga pelik kerana ini lah kali pertama nya seorang Pengerusi Parti, yakni PPBM berada di barisan pembangkang, sedangkan Presiden PPBM, YAB TSMY berada di barisan Kerajaan PN. Satu lagi sejarah yang bakal dicipta, lanjutan daripada penubuhan Kerajaan Tebuk Atap !

Dalam PPBM, YB TM telah disahkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Pengerusi, tetapi YAB TSMY akan ditentang oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir(DSMM) untuk jawatan Presiden PPBM.

Walau pun YAB TSMY diramalkan boleh menang dengan mudah, tetapi pengaruh dan karisma nya tetap tercalar kerana jawatan Menteri Besar Johor yang baru telah terlepas ke tangan UMNO. Jawatan Ketua Menteri Melaka pula gagal diperolehi oleh ADUN PPBM. Sebalik nya ianya telah direbut oleh UMNO.

Sepatutnya kedua-dua jawatan penting ini di Johor dan Melaka dipegang oleh ADUN-ADUN PPBM, baru lah ketokohan TSMY boleh dibanggakan sebagaimana bijaksana nya beliau menambah bilangan Ahli-Ahli Parlimen PPBM menjadi 30 sahaja. Semasa YB TM menjadi PM ke 7, Ahli-Ahli Parlimen PPBM telah bertambah menjadi 36. Asal nya seusai PRU 14, PPBM hanya memenangi 16 kerusi Parlimen sahaja. Dari sudut ini, rupanya YAB TSMY telah dikalahkan oleh YB TM!

Daripada maklumat-maklumat yang boleh dipercayai, majoriti di Parlimen yang dimiliki oleh Kerajaan PN adalah sekitar 1 atau 2 kerusi sahaja. Sekitar 112 lawan 110 sahaja. Ianya pula tidak kukoh. Boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.
Terdapat beberapa tokoh pemimpin utama UMNO
yang berada di luar kabinet PN yang boleh saja mengambil sikap berkecuali dan tidak memberikan undi kepada YAB TSMY. Seandai nya ini berlaku YAB TSMY akan menjadi PM yang mempunyai tempoh pentadbiran yang paling singkat sekali.

Umum berpendapat bahawa UMNO lebih cenderung untuk mengadakan PRU 15 dengan bergabung dengan PAS, MCA,MIC atas nama Maufakat Nasional tanpa PPBM. Keberadaan PPBM dalam PN adalah penghalang kepada UMNO untuk menguasai Kerajaan Putrajaya. Dikhabarkan bahawa peluang untuk pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa terlepas daripada hukuman mahkamah adalah dengan UMNO sendiri kembali menguasai pemerintahan Putrajaya dengan kadar segera.

Keberadaan UMNO dalam Kerajaan PN sekarang ini adalah bersifat sementara sahaja, sekadar strategi ,janji lisan tanpa sebarang perjanjian bertulis, semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan(PH) sahaja. Matlamat akhir UMNO adalah memaksa Pilihan Raya Parlimen Mengejut(PPM) dengan kadar segera.

Kelihatan nya YB TM cukup berhati-hati dalam manouevre politik nya menghadapi YAB TSMY. Ada kah kerana beliau sudah tidak punya kuasa yang banyak atau pun beliau tidak mahu strategi-strategi nya dapat dibaca oleh YAB TSMY. Atau pun kerana sekarang ini kita sedang berada dalam tempoh PKP, dimana gerak kerja politik wajar dikurangkan.

Seandainya sessi Parlimen pada 18 Mei 2020 nanti dapat dijalankan seperti biasa, kemampuan YAB TSMY dan anggota Kabinet Kerajaan PN berhujah dan menjawab segala persoalan yang bakal dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah isu besar kepada semua rakyat Malaysia.

Sama-sama lah kita terus memerhati, menonton dan membuat kesimpulan terhadap prestasi Kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat ini melalui PRU.


















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan