VIP langgar PKP tidak terlepas tindakan undang-undang, kata menteri

PUTRAJAYA: Sesiapa sahaja, termasuk VIP atau orang kenamaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menteri pertahanan itu berkata, beliau menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan ke atas individu kenamaan yang ingkar PKP.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai insiden “individu berjawatan tinggi” yang berkumpul beramai-ramai dan melanggar PKP.
“Untuk sesiapa sahaja, saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, itu asasnya.
“Saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat. Jadi kita serah kepada polis untuk meneruskan tindakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri dan pihak berkepentingan dalam mendepani Covid-19 di sini, hari ini.
Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar pemimpin, termasuk dari kerajaan membuat lawatan dan menikmati hidangan makanan semasa PKP.
Perbuatan itu mendapat kritikan banyak pihak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan