Pas jangan derhaka kepada Sultan Kedah

Pas dinasihatkan supaya tidak derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah.

Demikian dinasihatkan oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridhwan Abu Bakar.

Jelasnya, kuasa untuk melantik amil zakat bagi negeri Kedah hanyalah Lembaga Zakat Negeri Kedah yang diperkenankan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

“Namun begitu, di negeri Kedah saban tahun Pas melantik amil sendiri untuk menjalankan kutipan Zakat Fitrah yang dijenamakan sebagai Infaq Ramadan.

“Persoalannya apakah Infaq Ramadan yang mereka laksanakan itu sama dengan Zakat Fitrah dan kenapa perlu dinyatakan bahawa Pas adalah asnaf Fi Sabilillah?

“Kenapa ada kadar yang bersamaan dengan kadar yang diputuskan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan kenapa juga perlu dikirakan mengikut ‘kepala’ sehingga perlu dipertegaskan 1/3 daripada keluarga serta ada pula pembahagian peratus di kalangan tiga pihak termasuk pemungut (amil yang dilantik),” soal beliau lagi.

Tambahnya, dalam konteks ini yang menjadi persoalan ialah siapakah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan ‘fatwa’ atau pandangan agama sehinggakan dalam surat tersebut dikatakan bahawa Majlis Syura Pas telah memutuskan bahawa Pas termasuk Fi Sabilillah.

Beliau juga mempersoalkan dari mana punca kuasa dan punca hak yang ada kepada Pas termasuk Pas Baling dalam urusan zakat dengan jenama infak sehingga boleh mengeluarkan watikah pelantikan sedangkan watikah itu sendiri memberi pengertian pengiktirafan, kuasa, hak dan sebagainya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan