Akar umbi mahu Pakatan tawan semula Putrajaya sebelum PRU15

SYED Harun dan Abdul Razak Salleh ada kepentingan peribadi untuk mahu Pakatan Harapan (PH) menawan kembali kuasa persekutuan selepas ia dikhianiti dan disingkirkan oleh kerajaan sekarang, Perikatan Nasional (PN).

Syed Harun, seorang warga emas yang menghidapi penyakit, mendakwa bantuan kebajikannya dipotong di bawah kerajaan PN, berbanding jumlah diterimanya ketika PH berkuasa.

Sementara itu, Razak mendakwa dana kerajaan yang diterima untuk programnnya membantu golongan miskin di Padang Serai, dibekukan selepas kerajaan negeri dan persekutuan jatuh ke tangan PN.

Mereka antara 10 ahli akar umbi dan pemimpin PH yang menggantung harapan terhadap masa depan PH.

PH digulingkan tiga bulan lalu.

Gabungan itu dan sekutunya dalam Parti Warisan Sabah serta sebahagian daripada Bersatu, secara rasmi menyatakan ia akan bekerjasama untuk mengambil semula Putrajaya daripada PN.

Ia susulan kerajaan PN menyerahkan banyak jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan kepada ahli Parlimen Umno dan PAS dalam usaha membeli sokongan daripada kedua-dua parti itu.

PH berhasrat berbuat demikian dengan memikat 22 ahli Parlimen yang berada dalam PN, untuk bertukar sokongan.

Tetapi rancangan itu dipersoalkan oleh pemerhati politik yang berkata ia akan menunjukkan PH seperti mementingkan diri dan berebut kuasa ketika negara terjejas teruk akibat kesan daripada pandemik Covid-19.

Mereka berkata daripada merampas semula kuasa, PH sepatutnya memperbaiki keadaan dalaman gabungan itu, membina semula jentera selepas pengkhianatan PN dan kembali kukuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen yang menyokong PN juga akan mendesak gaji lebih tinggi atau kedudukan dalam kerajaan sebagai balasan mereka bertukar sokongan kepada PH, maka akan memaksa gabungan itu menjejaskan prinsipnya, kata mereka.

Berbanding memikat ahli Parlimen yang ketika ini menyokong PN, lebih efisien jika PH mendapatkan mandat pilihan raya lebih jelas menerusi PRU15
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan