Apa yang anda perlu tahu mengenai speaker Dewan Rakyat

Oleh Camelia K

 Sejak kebelakangan ini, mungkin banyak perbincangan berkaitan pertukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDDR).

Mari saya kongsikan tiga fakta menarik tentang YDDR:

Siapakah yang boleh menjadi YDDR?
Syarat utama untuk menjadi YDDR ialah seorang yang berprinsip dan tidak menyertai sebarang parti politik. Selain itu, YDDR juga mesti dicalon dan dilantik oleh ahli parlimen di bawah Perkara 57(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Apakah peranan dan fungsi YDDR?

Peranan utama YDDR adalah tidak boleh berpihak kepada mana-mana ahli atau parti politik. Beliau juga merupakan individu yang perlu memastikan segala perintah Dewan dipatuhi oleh semua ahli di dalam Dewan selain memastikan semua ahli Dewan diberikan peluang yang sama untuk bertanyakan soalan dan terlibat dalam perbahasan. Selain itu, fungsi YDDR juga adalah untuk memastikan keluhuran perlembagaan dijaga dan dihormati.

Bagaimana untuk singkirkan YDDR dari jawatannya?

YDDR hanya boleh disingkirkan dari jawatannya jika parlimen dibubarkan, meninggal atau tidak berupaya, meletakkan jawatan dan hilang kelayakan.

Tarikh 13 Julai 2020 merupakan tarikh keramat bagi institusi Parlimen di Malaysia apabila seorang speaker yang berwibawa dilucutkan jawatan tanpa sebarang sebab dikemukakan.
Apa yang menyedihkan lagi ialah usul yang dibentangkan oleh perdana menteri itu tidak memberikan peluang kepada anggota pembangkang untuk menamakan calon speaker yang baru.

Selain itu, kerajaan PN telah menafikan hak ahli-ahli Dewan Rakyat.

Speaker baru yang dilantik, Azhar Harun dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said tidak melalui proses penting dibawah Perkara 57(1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 4 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Adakah ini yang dinamakan sebagai sebuah negara demokrasi?
Wakil Rakyat daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang mempunyai tanggungjawab untuk memilih speaker dan timbalan speaker.

Memalukan. Apabila Azhar Harun terus dijemput ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah tanpa sebarang undian dibuat di kalangan ahli Dewan Rakyat bagi memilih speaker yang baru itu.

Pertukaran speaker melalui cara ini, iaitu tanpa sebab yang jelas sekaligus memberikan imej buruk kepada institusi parlimen negara.

Bukan itu sahaja, hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga menunjukkan isyarat jelas kerapuhan kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Ini terbukti apabila usul tukar speaker yang dicadangkan oleh perdana menteri lulus dengan hanya majoriti tipis.

Ini terus menimbulkan persoalan dalam minda rakyat samada mampukah kerajaan PN ini bertahan lama?
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan