Noor Hisham sedih lihat ribuan berhimpun di mahkamah

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kekecewaannya terhadap "ketiadaan kawalan diri" yang ditunjukkan oleh orang ramai yang berkumpul di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri," katanya dalam kenyataan di Twitter.

Noor Hisham berkata demikian pada ciapan berita yang melaporkan kebimbangan wujudnya kluster baru Covid-19 susulan perhimpunan di hadapan mahkamah hari ini.

Ribuan orang berkumpul di luar kompleks mahkamah dilihat mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Sejumlah mereka hadir bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang akan mendengar keputusan kes SRC International melibatkan dana bernilai RM42 juta.

Sementara itu, ciapan Noor Hishamdi Twitter itu telah disukai lebih dari 3,600 kali dan dikongsi lebih dari 5,300 kali.

Polis akhirnya mula memberi amaran kepada penyokong untuk mematuhi SOP kesihatan.

Najib hari ini disabitkan atas tujuh tuduhan - satu tuduhan penyalahgunaan kuasa, tiga pengubahan wang haram dan tiga lagi pecah amanah - berkaitan dengan dana SRC, yang merupakan bekas syarikat subsidiari 1MDB.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan