Pengusaha resort dedah Exco Pas Terengganu angkut 109 staf, keluarga

Rombongan lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman dikatakan terdiri daripada 109 orang termasuk ahli keluarga.

Hal tersebut diketahui daripada hantaran pengusaha resort Summer Bay Resort Pulau Lang, Fah Ming Chong di Facebook pada 4 Julai lalu.

“Terima kasih YB Ustaz Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang mengetuai 109 staf dan keluarga mereka untuk menyokong Summer Bay Resort bagi menganjurkan hari keluarga di pulau.

“Resort ini amat berbesar hati untuk diiktiraf dan dihargai oleh Exco Pelancongan Negeri,” kata Ming Chong disertakan gambar bersama Ariffin dan sebahagian rombongan itu.

Ming Chong turut berkongsikan beberapa gambar melibatkan Ariffin termasuk aksi ustaz itu sedang berendam di laut dengan isteri.

Dalam masa sama, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) Alor Limbat berkata, lawatan ke Pulau Lang Tengah itu kononnya bagi melihat prosedur operasi standard (SOP) norma baru bagi pulau peranginan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati hantaran tersebut yang turut menyertakan sejumlah gambar rombongan telah dikeluarkan dari Facebook Ariffin.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan