Bubar Bersatu, sertai Umno atau Pas, kata akar umbi

Ahli akar umbi Pas dan Umno menegaskan adalah lebih baik parti Bersatu dibubarkan kerana parti inilah yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Menurut Timbalan Presiden Kelab Penyokong Penyatuan Umah (KPPUM) Zamil Ibrahim, parti Bersatu kini digelar oleh ahli akar umbi sebagai pengkhianat sejak tumbangnya kerajaan PH.

“Lebih baik bubar sahaja parti Bersatu, sertai Umno ataupun Pas itu adalah jalan yang terbaik.

“Mereka ini masuk dan menyertai PH, kita takut dan bimbang MN terbubar atau hancur dek kerana beberapa kerat di dalam Bersatu.

“Imej kepimpinan Bersatu telah digelar oleh ramai yang ditemui sebagai pengkhianat,” katanya dalam satu rakaman video MediaTV KPPUM.

Zamil turut memberitahu pihaknya telah melakukan rondaan di seluruh negara bertemu dan berbincang dengan ahli akar umbi Pas dan Umno berhubung perkara ini.

“Apa faedahnya bersatu menyertai MN? Terserah kepada kepimpinan yang bijaksana dalam perkara ini antara Umno dan Pas,” katanya yang juga ahli Umno dan Muafakat Nasional (MN).

Namun begitu beliau menegaskan penerimaan Bersatu dalam MN harus diambil perhatian yang amat serius kerana mereka sangat berbahaya pada MN.

“Sebab pengalaman kita lihat dan sejarah yang ada mereka inilah yang mengkhianati PH sehingga terbubar satu pemerintahan daripada PH,” katanya.

Justeru beliau berharap pihak MN harus memikirkan dan meneliti jalan terbaik untuk menerima Bersatu ke dalam MN.

Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersetuju menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.

Keputusan penyertaan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, Muhyiddin juga percaya, bahawa langkah tersebut merupakan pilihan terbaik untuk parti itu.

Dalam pada itu, Pas turut menyatakan pendirian menyokong penuh keputusan Bersatu untuk menyertai MN yang diasaskan Umno dan Pas pada 14 September tahun lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu yakin penyertaan Bersatu akan memantapkan lagi MN yang digagaskan atas dasar muafakat dalam isu berkaitan kepentingan agama Islam, Melayu dan Bumiputera.

Takiyuddin turut membayangkan dengan gandingan Umno, Pas dan Bersatu akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan