Kedudukan Azmin DI Gombak Tidak Selesa ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Tampaknya kedudukan Azmin Ali di Parlimen Gombak semakin tidak menyelesakan beliau apabila Umno seperti enggan bekerjasama dengannya.

 Kata ketua Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin parti itu akan berpegang kepada persepakatan awal dalam Maufakat Nasional tentang siapa yang akan diletakan bertanding di parlimen berkenaan.

Dalam persepakatan awal itu Azmin atau Bersatu tidak termasuk dalam perkiraan itu.

Sebelum ini Pas telah menyatakan keengganan sama mereka tidak akan beri laluan kepada Azmin. 

Kenyataan Pas tidak bimbang sangat kerana Pas boleh “dihadithkan” oleh bosnya. 

 

Bila ada sabda dari bosnya selesai masalah. Atau kalau Azmin janji nak berikan lembu korban hilangkah rasa marah.

Tetapi dipihak Umno agak payah sikit, apa lagi ketuanya orang silat yang dakwa berprinsip. 

 Gambaran itu meletakkan Azmin kena melakukan banyak diplomasi untuk jamin dia akan kekal di Gombak. 

Mungkin modal ampuh boleh dijual Azmin memberi tahu kalau dia menang dalam Piraum nanti dia akan dilantik jadi TPM. 

Ternyata modal untuk dilantik jadi TPM itu menjadikan ada orang PKR tergoda dengan Azmin.

Iya selain Pas dan umno memberi isyarat tidak selesa kepada menteri MITI itu, Ezam Mohammad Noor juga sedang mengilas kain untuk bertarung di Gombak. Trims.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan