Kita Mahu Calon Setia Bukan 'Katak''



Oleh Zainal Nor

Setia kepada parti dan tidak akan melompat seperti ‘katak politik’.

Itu antara kriteria utama yang menjadi pertimbangan kita dalam meletakkan calon mewakili Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan (PH) Sabah dan UPKO untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kesetiaan kepada parti penting kerana jika tidak, tiada gunanya meletakkan calon yang mempunyai kredibiliti sekalipun jika akhirnya mereka melompat parti dan berpaling tadah.

Muka baru dan juga ada sedikit latar belakang keupayaan kebolehan dari segi pendidikan tetapi dalam pada itu bukan hanya kriteria utama tetapi kriteria utama kita ialah bukan hanya muka baru bukan hanya berkelulusan tetapi yang kita tidak mahu melompat.

Kalau itu kriteria dia kita boleh letak pemegang ijazah kita boleh letak pakar kita boleh letak doktor tetapi esok melompat tiada gunanya, bagi kita keutamaan mereka mesti mempunyai kesetiaan terhadap perjuangan yang ada.

Yang penting saya peringatkan ialah kemenangan kalau kita dapat kerusi kita ada calon kerusinya kita dapat, calonnya tidak kena itu juga jadi masalah, kalau kedua-duanya kerusi kita dapat kawasan itu bersesuaian dan juga calon itu bersesuaian maka ianya penting bagi kita untuk menjamin kemenangan.

DUN terpaksa dibubarkan demi mengelakkan ketidakstabilan pentadbiran negeri disebabkan pelbagai tekanan daripada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang Terutama yang mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan dewan ini dan saya selaku ketua menteri tidak ada kuasa dalam perundangan tetapi saya boleh bagi nasihat, nasihat boleh diambil, nasihat boleh ditolak tetapi kuasa mutlak dari segi enakmen termaktub kepada TUN.

Kita telah melalui proses-proses yang lengkap dan perakuan yang ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama sudah pun digazet serta dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk perhatian dan tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

DSSA KETUA MENTERI SABAH.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan