Parti Pejuang: Apa Motivasi Dr Mahathir?





 Oleh


Kemasukkan Azmin Ali dan Zuraida ke dlm Bersatu sebenarnya tidak mengembirakan akar umbi Bersatu. Pastinya posisi ahli2 Bersatu tergugat dgn kemasukkan Azmin & Zuraida yg kononnya membawa ratusan ribu penyokong ( NGO ) bersama. Saya percaya paling kuat 10 ribu sahaja.

Yg gembira kemasukkan Azmin dan Zuraida tentulah Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin. Mereka mahu Bersatu dilihat kuat berbanding UMNO dari psikologinya. Walaupun pemimpin2 yg bersama PN itu bukan pilihan rakyat seperti kata Muhyiddin Yasin.

Ahli2 Bersatu dilihat semakin gelisah jika team Azmin dan Zuraida akn bertindak sepertimana mereka mengkhianati PKR. Mereka dpt melihat ketika Anwar dipenjarakan Azmin telah mengambil kesempatan mengumpul kekuatan dgn menggunakan kedudukan sebagai MB Selangor membina pengaruh.

Akhirnya ramai terpengaruh kerana jawatan. Tidak mustahil ini juga akn dilakukan oleh team Azmin yg masuk secara besar besaran di dlm Bersatu. Jika kalian la bila ada org baru masuk dlm sekolah bawa geng kemudian nak 'pegang' sekolah tu...kalian suka ? 😂

Pandangan saya kewujudan PN ini byk dipengaruhi oleh Azmin Ali bukan Muhyiddin. Saya melihat Muhyiddin seperti mendengar apa sahaja tindakan Azmin sepertimana Azmin lakukan ketika menjadi Menteri di dlm PH. Azmin dan bisannya Hishamuddin yg byk mengatur pembentukkan PN yg direstui Tun.

Hati kecil saya masih mengatakan perancangan Azmin Ali ini masih dlm telunjuk Tun Mahathir. Selagi Tun tidak pernah berang dgn Azmin serta Hishamuddin saya tetap beranggapan konspirasi ini wujud dan masih berjalan.

Perancangan Tun dan Azmin seperti yg kita ketahui sejak PH mengambil kerajaan lagi telah bermula. Mereka mahu Bersatu mengambil alih peranan sebagai parti utama Melayu. Ia berjalan melalui ejen Tun iaitu Hishamuddin Hussein Onn. Namun Hishamuddin gagal mempengaruhi 80% MP UMNO utk meninggalkan UMNO.

Masa semakin menghampiri utk Tun menyerahkan tugas kpd Anwar. Semua tahu Tun tidak mahu kerjasama dgn UMNO disertai Najib, Zahid Hamidi dan dlm masa sama Tun juga tidak mahukan Anwar.

Semua ini Tun lakukan selagi hayatnya ada bagaimana dia cuba mencari jalan singkat utk anaknya Muhkriz menerajui negara ini. Jgn terkejut tiba2 kerusi TPM tiba2 diserahkan kpd Mukhriz jika bukan kpd Azmin Ali.

Hati kecil saya masih merasakan Azmin ditugaskan utk memecahbelahkan UMNO dan Tun memecah belahkan PH. Bila UMNO dan PKR lemah atau dpt dipecahkan ( pecah dan perintah ) mudah buat PN bertahan dan terus menerajui negara.

Bila PN ingin didaftarkan menurut Azmin Ali tanpa menyebut nama UMNO hanya sekadar BN... ia mimpi ngeri buat team Najib dan Zahid Hamidi. Apatah dua hari sebelum itu PAS menyatakan secara terang terangan mereka akn bersama Bersatu utk mendaftar PN.

Inilah akibatnya apabila MP2 kita dibebani dgn isu rasuah. Cara Tun yg kita fahami lazimnya meletakkan fail di atas meja terus diamalkan oleh Muhyiddin. Dgn fail yg ada...saya yakin Menteri2 dari UMNO yg ada skg tidak berani utk bersama Zahid Hamidi dan Najib.

Kenapa? Pastinya mereka juga bimbang fail2 mereka akn diaktifkan utk dibawa ke muka pengadilan dan mendekatkan diri mereka dgn Sg Buluh. Lebih dari itu tentulah mereka berpandangan buat apa bergantung pada dahan yg rapuh kerana Presiden mereka sendiri mempunyai berpuluh kes di mahkamah.

Sebab itu di dlm Parlimen yg bising adalah mereka yg tidak mempunyai jawatan Menteri mahupun Timbalan. Bung Mothar, Noh Omar, Shahidan Kassim, Azeez, Asyraf Wajdi adalah antara org UMNO yg dilihat selalu membuat bising dgn pelbagai isu. Manakala MP UMNO yg mempunyai jawatan sebagai Menteri dan Timbalan dilihat diam membisu.

Dgn kesempatan inilah digunakan oleh PN. Muhyiddin dan Azmin akn pastikan pemimpin2 UMNO yg ada meninggalkan UMNO atau paling tidak menyokong PN. Muhyiddin dan Azmin tahu jika berlaku 'snap election' .... UMNO pasti akn mencampakkan kedua mereka dari kancah politik.

Muhyiddin dan Azmin juga sedar keengganan UMNO mendaftarkan PN membuktikan UMNO mahu 'Snap election' berlaku. UMNO tidak ikhlas dlm pembentukkan bersama Bersatu. Skg tiba masanya Bersatu pula 'game'kan UMNO. Sometimes you have to play the role of a fool to fool the fool who thinks they're fooling you.

UMNO menolak PN sb UMNO tahu muafakat dgn PAS, mereka mampu menguasai sekurang2nya 90 kerusi MP. Kerjasama dgn GPS dan beberapa parti kecil Sabah memudahkan mereka kembali menjadi kerajaan. Pastinya Zahid dan Najib boleh menarik nafas lega.

Tapi tindak tanduk Zahid dan Najib sudah dpt dihidu Muhyiddin dan Azmin. Keduanya tahu jika berlaku Snap election UMNO hanya membenarkan Bersatu bertanding tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen utk UMNO menguasai kerajaan.

Sdgkan MP Bersatu sekarang ini yg wajib dijaga oleh Muhyiddin melebihi 40 apatah dgn kehadiran geng kartel. Sdgkan UMNO sendiri mahukan kerusi PM dan TPM kpd mereka utk membuatkan Zahid dan Najib kembali tersenyum. Sb itulah Najib skg bertungkus lumus berkempen sana sini utk memenangkan UMNO.

UMNO sebenarnya terkejut dgn tindakan PAS menyertai pendaftaran PN . UMNO tidak peduli MCA atau MIC mahu selingkuh kerana kedua parti itu hanya menyumbangkan 3 kerusia Parlimen. Yg UMNO mahukan PAS.

Bukan kerana jumlah MP PAS yg ada skg tetapi utk PRU akn dtg jika UMNO mahu menambahkan sekurang kurangnya 30 kerusi Parimen mereka perlukan sokongan pengundi PAS. UMNO tahu mereka bukan kuat seperti dulu lagi apatah ketika ini kewangan mereka terhad.

Bila UMNO dpt tahu PN bakal didaftarkan tanpa disebut nama UMNO... malam ini Zahid dan Najib tidak lena tidur malam. Mungkin mereka tidak fikirkan soal parti tetapi soal nasib mereka. Jika satu kes sahaja membawa mereka bertahun tahun di penjara jika berpuluh kes bagaimana?

Zahid dan Najib sendiri tahu utk Bersatu kuat dan kedudukan Muhyiddin dan Azmin kekal berkuasa... kedua mereka ( Zahid & Najib ) mesti dipenjarakan. Ia sebagai satu amaran kpd MP2 UMNO bahawa rekod2 mereka juga boleh dibawa ke mahkamah jika menolak utk bersama PN.

UMNO mahu ugut PAS mereka tahu ia tidak akn membawa ke mana2 malah akn memusnahkan impan mereka utk kembali menjadi kerajaan. Nak marahkan Muhyiddin lagi la tak berani kerana kuasa eksekutif ada di tangan Muhyiddin ketika ini.

Utk PH berita ini sgt baik jika mereka bersatu dari sekarang. Ini kerana undi Melayu atau tetap terpecah antara UMNO dan PAS/ Bersatu. Patut PH kena bersatu perkuatkan jentera mereka bukannya sibuk mengikut Tun. Itu kelemahan Mat Sabu dlm berpolitik. Dlm masa sama sedih juga melihat nasib UMNO dipermainkan PAS begitu sekali.

Pengajaran utk generasi akn dtg... jgn terpalit dgn salah guna kuasa. Akhirnya anda akn terjerat dan terikat dgn ugutan. Yang malangnya rakyat... nikmat yg patut dinikmati akhirnya dpt kpd kelompok kecil manusia yg tidak amanah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan