Surat Untuk Lebai Dusuki



Ust Dasuki yang dihormati

Saya baca tulisan Syed Saddiq dan beliau bukan mempertikai hudud.

Tapi beliau mempertikaikan PAS dalam menangani isu Ustaz Khairuddin At Takiri yg melanggar SOP KKM.

Ia 2 perkara berbeza. Mengkritik PAS yang selama ini memperjuangkan hudud dan syariat Islam, tapi dalam isu At Takiri, tidak menggunakan peluang utk menunjukkan contoh yang baik.

Sedari awal isu ini meletup, banyak tulisan yang back up Ust Khairuddin walhal terang-terang salah.
Lepas Ust Khairuddin minta maaf, keluar pula pujian dia berjiwa besar.

Walhal, kalau berjiwa besar, sepatutnya dari awal dah keluar kenyataan minta maaf, sebelum netizen meletup.

Kenapa perlu tunggu kenyataan KKM, baru nak minta maaf?

Dari situ, Syed Saddiq, malah netizen dan saya sendiri nampak PAS double standard dan ia menjejaskan peluang PAS utk menunjukkan keadilan Islam.

Sebenarnya PAS boleh ambil peluang ini utk memberi teguran sedari awal isu ini meletup, bukan awal-awal dah back up.

PAS tak ambil iktibar dari pengalaman kes PJ Perak yang dihukum ketika PKP lepas.

Cyclenya sama: VIP buat kesalahan > netizen pertikai > VIP senyap > organ parti back up > netizen marah > VIP dihukum & minta maaf > netizen sindir.

Walhal kalau dari awal PAS proaktif utk berikan teguran, nescaya ia tak meleret begini.

Tengok isu Dato' Hisamuddin yang dikritik sebab hisap vape di Parlimen, beliau segera minta maaf dan isu ini hangat sekejap sahaja. Tiada organ parti yang pertahankan.

Jadi, saya harap PAS belajar daripada kesilapan ini.

Sebelum orang tuduh saya mahacai dan barua DAP, suka saya perkenalkan diri bahawa saya ialah penyokong PAS.

Pernah hantar mesej beberapa kali kpd Ustaz Dasuki berkenaan isu forex yang Ustaz keluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Teguran ini saya sampaikan untuk melihat PAS menjadi lebih baik. Teguran sebelum ini pun saya dah gunakan saluran mesej personal dan group tertutup.

Wassalam.
Afyan Mat Rawi
Allahu'alam
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan