Young Syefura terharu individu beri sumbangan bantu LGE, warga maya beri pandangan berbeza

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman mengakui terharu dengan tindakan seorang individu yang menyerahkan wang sumbangan bagi membantu Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang berdepan kes rasuah di mahkamah.

Memuat naik video di media sosial, Young Syefura berkata pertuduhan dihadapi Guan Eng sememangnya mendapat simpati daripada kebanyakan penduduk di kawasan Ketari, Pahang.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang lelaki menghampiri Young Syefura sebelum menghulurkan sumbangan sebagai tanda solidariti kepada Guan Eng.

“Sedang duduk makan di Restoran Najath di Ketari, datang seorang penyokong. Beliau memberikan duit sumbangan tanda solidariti untuk Lim.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada beliau kerana turut bersama menyokong DAP,” katanya di media sosial.

Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ketika memegang jawatan sebagai ketua menteri.

Hari ini, Guan Eng turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas satu lagi pertuduhan rasuah menggunakan kedudukan untuk suapan bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn  Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Terdahulu, terdapat warga maya berpandangan tindakan lelaki berkenaan memberi sumbangan kepada Guan Eng adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Rata-rata menganggap lelaki berkenaan yang sepatutnya menerima sumbangan berbanding Guan Eng.

Por Favor: “Kalau saya di tempat YB, saya tidak tergamak ambil duit pak cik itu. Saya nampak beliau lebih memerlukan daripada DAP dan Lim.”

Omega: “Saya mungkin salah tetapi beliau dilihat lebih memerlukan RM10 berbanding Lim.”

Jenry: “Kenapa perlu solidariti? Miskin hina sangatkah Lim?”

Sebelum ini, DAP telah melancarkan tabung derma bagi membantu Guan Eng menyelesaikan kes dihadapinya di mahkamah.

Tabung RM10 seminggu itu adalah bertujuan membantu Guan Eng membayar wang ikat jamin yang dikenakan terhadapnya.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan