Azmin Perlekeh Calon Ketua Menteri Bn ?


Oleh Shahbudin Husin

Selepas Muhyiddin Yassin baru-baru ini menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri sekiranya GRS memenangi PRN Sabah, isu itu kini tambah hangat dengan sokongan Azmin Ali terhadap perkara itu.

Menurut beliau, Hajiji adalah seorang pemimpin yang dihormati dan sangat layak untuk memimpin Sabah.

“Malah mendengarnya berucap saja, saya dapati Hajiji sememangnya layak untuk jadi Ketua Menteri.

“Ini bukan pandangan peribadi saya saja tetapi juga Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Seperti yang saya sebutkan, Perdana Menteri telah menyatakan secara terbuka bahawa pada pihak kami, PN ingin mencadangkan Hajiji sebagai calon yang sesuai.

“Kami perlu memastikan rakyat Sabah bahawa ini masa depan untuk mereka dan negeri ini.

“Kami mahu calon yang kuat, berupaya memimpin Sabah dan kerajaan negeri.

“Saya fikir beliau perlu diberi peluang memimpin rakyat Sabah,” kata Azmin yang baru-baru ini menyertai Bersatu ketika berkempen untuk GRS yang dianggotai PN-BN-PBS di Tuaran.

Woww….hebat sekali sokongan Azmin terhadap Hajiji agar Pengerusi Bersatu Sabah itu benar-benar berpeluang menjadi Ketua Menteri selepas PRN 26 September ini.

Lambungan yang kuat terhadap Hajiji ini dengan sendirinya bermakna Azmin sedang memperlekeh calon Ketua Menteri yang ditonjolkan UMNO dan BN iaitu Bung Mokhtar Radin.

Dengan Menteri Kanan itu mengatakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri yang kuat, dihormati dan sangat layak untuk jawatan itu, adakah ini bermakna Bung Mokhtar Radin, pesaing bagi jawatan itu yang mahu dinaikkan UMNO dan BN sebagai calon yang tidak kuat, tidak dihormati dan sangat tidak layak?

Adakah juga Azmin bermaksud oleh kerana Bung Mokhtar sedang berdepan kes rasuah di mahkamah, maka beliau dilihat tidak kuat, tidak dihormati dan sangat tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah?

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Komen