Cuba jaga hati? Portal Mandarin malukan SPRM, kata Putra


KUALA LUMPUR, — Tiada keperluan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal dalam bahasa Mandarin.

Ketua wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berkata pendekatan SPRM hari ini sesuatu yang memalukan.

“SPRM. Ni hao ma? Warganegara Malaysia tetapi tidak faham bahasa Melayu memang memalukan.

“Tidak perlu portal banyak-banyak bahasa untuk menjaga hati,” coret Dr Asma Razalli di Facebook hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan portal Mandarin dilancar bagi meningkatkan keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap rasuah.

Katanya, ia juga bagi menyebar luas agenda anti rasuah di samping menyampaikan mesej pendidikan pencegahan rasuah.

Portal berkenaan dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan