Pakaian lambang keperibadian.

Tema Hari Kebangsaan ialah Malaysia Prihatin. Prihatin kepada rakyat atau apa? Tidaklah diketahui maksud Prihatin itu digunakan.

2. Tahun ini Hari Kebangsaan di raikan secara 'new norma'. Memang tradisi kehadiran Tuanku Di Pertuan Agung meraikan Hari Kebangsaan berpakaian rasmi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. General berbintang lima.

3. Bagaimana tersibar di media sosial akan perihal para Jemaah Menteri berpakaian kain cotton yang seakan baju seragam Pengganas Komunis.

4. Sejarahnya tidak ada pakaiaan pengganas komunis semasa dharurat berwarna kuning. Pakaian semacam itu pakaian seragam tentera Komunis China di bawah pimpinan Mao Tse Tung.

5. Di Malaya, semasa dharurat, kebanyakan pengganas komunis berpakaian hijau. Sesuai untuk penyemaran di hutan. Mana datangnya warna yang di pakai oleh jemaah Menteri sama dengan pakaian seragam pengganas komunis?

6. Persoalan yang harus dibincang dan di perkatakan oleh rakyat kelas bawah ialah untuk bertanya kepada Jemaah Menteri. Kenapa tidak di hayati tema Malaysia Prihatin?

7. Prihatin juga bermaksud 'ambil kepedulian' masalah rakyat.

8. Tetapi bagaimana boleh di katakan Jemaah Menteri atau Kerajaan PN ini ada sikap prihatin. Bila pakaian Bush Jacket digunakan dalam meraikan Hari Kebangsaan.

9. Adalah sukar dipercayai bahawa orang mencadangkan pakaian Bush Jacket lengan panjang itu tidak mengetahui bahawa pakaian itu adalah lambang seorang birokrat. Orang atasan.

10. Dengan itu telah membentuk sikap dan gambaran bahawa kabinet Muhyiddin Yasin adalah seorang yang mematuhi birokrasi.

11. Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan bahawa kerenah birokrasi ini dikurangkan. Atau sebelum itu dikenali secara umum sebagai 'Red Tape'.

12. Maka bagaimana Kerajaan PN mahu bersikap Prihatin kepada rakyat. Jika red tape masih di gunakan.

13. Sepatutnya pakaian Jemaah Menteri di Hari Kebangsaan ialah pakaian kerja lengan panjang tetapi lengan dilipat sampai ke siku tangan.

14. Ini akan memberi gambaran bahawa para Menteri menyinsing tangan dan akan berkerja untuk rakyat bagi merearlisasikan Malaysia Prihatin.

Tetapi apa yang berlaku hari ini pakaian anggota kabinet Mahyuddin Yasin menggambarkan budaya lama orang melayu 'atap genting atap rembia'

Sang Kelembai
August 31, 2020
Kuala Lumpur
11.25 pm
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan