Saya perdana menteri dari pintu istana, kata Muhyiddin


 MUHYIDDIN Yassin malam ini berkata beliau merupakan perdana menteri yang sah kerana mengangkat sumpah secara rasmi di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu turut menolak dakwaan beliau menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai kerajaan saya pintu depan atau belakang.

“Apa yang penting adalah saya perdana menteri pintu istana,” kata Muhyiddin ketika berucap di Luyang, Kota Kinabalu.

Muhyiddin berkata demikian susulan kenyataan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa beliau sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan cukup bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen yang menyokongnya.

Mengenai dakwaan itu, Muhyiddin berkata ia perlu dibuktikan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh sesiapa pun perlu dilaksanakan berdasarkan peruntukaan dalam Perlembagaan negara. Saya tak mahu sentuh perkara itu kerana ini budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Tetapi saya berdiri di sini daya masih perdana menteri.

Muhyiddin merupakan pengerusi Perikatan Nasional, yang bersama dengan Barisan Nasional Sabah dan Parti Bersatu Sabah dalam satu gabungan dipanggil Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS cuba menjatuhkan kerajaan Warisan Plus dan mengambil alih kerajaan negeri.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan retorik Warisan Plus bahawa Perikatan dari Semenanjung adalah parti penjajah.

“Tolong jangan fikir saya sebagai orang dari Kuala Lumpur datang untuk jajah kamu. Bila saya datang nk jajah kamu? Kami di sini bukan untuk jajah kamu sebaliknya untuk bantu Sabah.”
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan