Muhyiddin akan hilang kawalan jika akur permintaan Umno


 IPOH: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin dapat mengekalkan jawatan, tetapi akan hilang kawalan jika akur dan tunduk pada syarat ditetapkan Umno, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Beliau berkata, Umno ketika ini dilihat tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan menteri dan mahu diberikan peranan lebih besar kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi paling banyak di Parlimen.

Katanya, jika Muhyiddin mengalah dan tunduk pada permintaan Umno, beliau hilang kawalan ke atas kedudukannya.

“Beliau (Muhyiddin) boleh kekal sebagai perdana menteri, tetapi hilang kuasanya sebagai perdana menteri apabila tunduk kepada Umno.

“Antara syarat seperti yang diminta oleh ahli Parlimen Pasir Salak (Tajuddin Abdul Rahman), adalah melantik Ahmad Zahid Hamidi (ahli Parlimen Bagan Datuk) menjadi timbalan perdana menteri.

“Kalau Muhyiddin mengalah dengan tuntutan ini, ia adalah permulaan kepada pengakhiran beliau. Mula-mula ia (Umno) minta begini (dan) selepas 6 bulan ia mungkin akan minta lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan ke-5 Amanah Perak di sini, hari ini.

Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam dilaporkan berkata, Umno mahukan kedudukan yang lebih kukuh dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan lebih banyak jawatan dalam kementerian yang strategik.

Beliau dilaporkan berkata bahawa Umno tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya, walaupun ia menyokong pembentukan PN dan mempunyai ahli Parlimen paling ramai dalam gabungan itu.

Selasa lalu, mesyuarat biro politik parti itu meletakkan syarat baru untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan