Umno Akan Checkmate Siapa ?


Semalam bila Istana keluarkan kenyataan.. Aku ada tulis dengan jelas, Jangan terlalu cepat untuk bergembira.. Jika game sudah tamat, KULI tidak akan pergi mengadap YDP Agong ke Istana...

Aku juga menulis.. Esok dijangka DAP akan dijadualkan mengadap, Biarpun ditangguhkan.. Aku kata malam ini Biro Politik UMNO akan bermesyuarat, Jika Zahid mengadap YDP Agong esok, dan tarik sokongan pada PN.. Maka tumbang lah Muhyidin Yasin..ia akhirnya terjadi, Zahid dijadualkan mengadap hari ini di Istana..
 
Nampaknya game Politik tak berkesudahan..Aku dan tulis semalam..Kita tak tahu siapa yang akan kena Checkmate.. Sebab proses masih belum berakhir.. Boleh jadi Muhyidin dan boleh jadi Ds Anwar kena game...
 
Bila UMNO keluarkan Kenyataan semalam.. Aku dah tak sedap hati.. Bukan Soal Ds Anwar akan berjaya jadi PM atau tidak.. 
 
Tetapi jelas dari surat UMNO itu mereka sedang tawar menawar dengan Muhyidin.. Soalnya apakah menyentuh kes Mereka di Mahkamah ? Dan apakah tawar menawar ini berlaku dalam kem Ds Anwar juga.. Jika ianya berlaku aku tolak Move Ds Anwar ini..
 
Aku dah kata semalam..Andai Ds Anwar bersama dengan blok KULI dan sebahagian MP UMNO yang bersih dari sebarang kes Politik..aku masih boleh terima.. Biarpun aku kata KULI memegang prinsip(Ashabiyah)Kerajaan tanpa DAP.. aku masih boleh terima jika malamatnya menyelamatkan Negara..
Tetapi aku tak boleh terima jika tawar menawar itu melibatkan kes Najib dan Zahid di Mahkamah.. Sebabnya hari ini UMNO boleh sokong Ds Anwar..dan kemudiannya mereka juga boleh tarik sokongan, Matlamat dan strategi mereka hanya untuk membubarkan parlimen..
 
Itu sebab aku kata, Ds Anwar hanya diselamatkan kebetulan pada ketika ini kes dan gelombang Covid-19 sedang memuncak.. Kalau tidak sudah pasti UMNO telah berjaya merencana satu pembubaran Parlimen.. Aku taknak sentuh faktor lain disini..sebab ianya sangat sensitif..
 
Aku tulis ni bukan sebab aku tak setuju Ds Anwar jadi PM.. Memang aku mengharapkan DSAI akan mengetuai Kerajaan bagi menyelamatkan Ekonomi Negara..dan aku yakin Ds Anwar mampu lakukan.. cuma yang jadi kebimbangan aku.. ia mengingatkan aku dari Sirah dizaman Khilafah Ali..dimana pemberontak yang membunuh Saidina Uthman dan melakukan Bai'ah kepada Saidina Ali..
 
Sebab aku sendiri tak tahu siapa yang menyokong DSAI.. dan apa strategi DSAI... Disini aku luahkan pandangan aku pada sudut Prinsip dari surat UMNO semalam... Sebabnya kenyataan dan surat UMNO semalam secara terbuka bagi aku kenyataan yang tidak bermoral.. inilah " scheme of things ".. dan aku harap DSAI tidak terlibat dalam scheme ini...
 
Bila melihat kenyataan DSAI yang dia ada 'strong, formidable, convincing' majority " tanpa sokongan Warisan dan Blok Tun, ia memungkinkan ianya disertai mereka yang tidak bersih dari kes rasuah.. untuk capai angka 120 kerusi, DSAI perlukan lebih 30 MP tanpa warisan dan Blok Tun..dalam soal ini..Sebab tu aku lebih mementingkan Prinsip Islah dan Reform dalam sebuah Kerajaan berbanding soal siapa yang jadi Perdana Menteri..
 
Dan aku harap ianya tak berlaku.. Jika Berlaku, Aku lebih Sanggup jadi Pembangkang sehingga PRU 15 berbanding bersekongkol dengan Najib dan Zahid.. Aku katakan Sekali lagi..Ini reaksi aku dari surat UMNO pada sudut Prinsip.. Tapi aku takda masalah jika DSAI bersama Blok KULI bagi tujuan menyelamatkan Negara.. 
 
Ipohmali
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan