Steven Sim terus bantu orang Islam, abaikan amaran Kamarul Yusoff


Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim nekad untuk terus melakukan kerja kebajikan apabila hari ini memberikan sumbangan 5 buah laptop di Sekolah Menengah Arab Tahfiz ibn al-Qayyim di Bukit Mertajam.

Menurut Steven, beliau telah menerima permohonan daripada Pengetua, En. Roslee bagi yang memohon 5 buah laptop untuk tujuan pembelajaran para pelajar.

“Apabila saya mendapat WhatsApp daripada En. Roslee, Pengetua Sekolah Menengah Arab Tahfiz ibn al-Qayyim di Bukit Mertajam untuk 5 buah laptop, saya segera memberi kelulusan. Sebab kalau untuk pendidikan anak-anak, kita tak nak proses yang susah susah. Jalan terus.” katanya.


Steven turut meluangkan masa mendengar bacaan daripada seorang pelajar.

Baru-baru ini pemikir PAS, Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberikan amaran kepada Steven supaya tidak menghebahkan sumbangan atau pemberian kerana menurut beliau Steven mempunyai agenda menyebarkan agama Kristian.

Walau bagaimanapun netizen tidak bersetuju dengan Kamarul dan nasihatkan agar beliau tidak memainkan sentimen kaum mahupun agama dalam konteks kebajikan.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan