'Nak gantung, bagi mati' - Tajuddin dakwa masih ahli Umno


Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menepis dakwaan penggantungan keahliannya selama enam tahun daripada Umno.

Secara sinis Tajuddin mendakwa bahawa dia masih ahli Umno, dan penggantungan itu bukannya "hukuman mati".

"Kita masih (ahli) Umno, tiada masalah, itu gantung (keahlian) tu bukan (hukuman) gantung mati, apa masalah.

"Kalau nak gantung... gantung bagi mati, dia ok. Kalau takut mati takut dia hidup balik," katanya secara berseloroh.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang duduk di sebelah Tajuddin, tersenyum lebar sepanjang ucapan itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengeluarkan kenyataan itu apabila dia diganggu ketika sesi soalan lisan.

Tajuddin mengemukakan soalan tambahan mengenai cabaran ekonomi di negara ini, masalah pengeluaran seperti yang dihadapi oleh industri elektrik dan elektronik.

Ketika diganggu oleh seorang ahli Parlimen, Tajuddin secara meminta supaya pencelah itu bersabar.

Tunggu la dulu, kita nak pilihan raya umum ni, kempen lah sikit," kata Tajuddin.

Ia kemudiannya seorang lagi ahli Parlimen lain yang bertanya sama ada Tajuddin akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15, selepas dia menolak dakwaan digantung parti itu.

Tajuddin dilaporkan digantung daripada Umno selepas majlis kerja tertinggi (MKT) Umno bermesyuarat pada malam Jumaat.

Dia terlebih dulu telah disingkirkan daripada MKT Umno pada Jun, kerana menggelar presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sebagai “liabiliti” dan menuntut peletakan jawatannya daripada jawatan tertinggi.

Sebulan kemudian, Tajuddin juga digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia.

Malaysiakini telah menghubungi Tajuddin untuk mengulas namun masih belum menerima jawapan.

Pada 1995, Tajuddin telah digantung keahlian partinya berikutan dakwaan membayar RM6 juta untuk mendapatkan jawatannya sebagai ketua bahagian Umno.

Keahliannya dikembalikan tiga tahun kemudian.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan