PKR umum calon minggu depan - Rafizi

 


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata bahawa presiden parti Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu depan.

"Insya-Allah, presiden Anwar Ibrahim akan umum calon PKR minggu depan.

"Saya ingat 24 atau 25 Oktober, beberapa hari selepas mesyuarat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita akan umum calon kita sebelum penamaan calon," katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi PKR.

Difahamkan, pengumuman calon PKR dijadual minggu depan selaras dengan mesyuarat SPR yang akan diadakan hari ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata bahawa parti itu akan memuktamadkan senarai calonnya selewat-lewatnya 19 Okt.

Namun, beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu masih mengadakan perbincangan 'pusingan terakhir' di beberapa kerusi parlimen yang mempunyai lebih daripada satu calon yang disenarai pendek sebagai calon layak bertanding.

"Masih ada beberapa kerusi calonnya belum dimuktamadkan. Ini kerana parti perlu mengenal pasti calon yang betul-betul membawa kemenangan serta kekal setia dengan parti.

"Selain itu, PKR juga masih berunding dengan gabungan PH (Pakatan Harapan) berhubung agihan kerusi.

"Masih ada empat kerusi belum beres di antara parti-parti dalam PH.

"Apapun, pucuk pimpinan PH menyelesaikan rundingan kerusi dan akan agihan kerusi parlimen di antara parti-parti PH diumumkan di Konvensyen PH yang akan diadakan di Ipoh, Perak hari ini," kata sumber itu.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan