Zaman 'why bertanduk' sudah berakhir, Puad sindir Dr M


 Zaman "why ada tanduk” sudah berakhir, sindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu membalas kritikan Mahathir terhadap perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob yang menurutnya patut meletak jawatan, bukan membubar parlimen kerana hilang sokongan.

"Masa Mohd Shafie Afdal (jadi ketua menteri Sabah), Tun M senyap pula. Shafie patut letak jawatan. Musa (Aman) dakwa dia ada majoriti kerana 33 Adun menyokongnya. Tetapi Shafie pujuk TYT (Yang Dipertua Negeri) bubar DUN Sabah.

"Tun M ingat bila dia letak jawatan PM7, orang akan pujuk dia, menangis dan kata 'why, why, why' macam Rafidah Aziz. Rupanya Anwar (Ibrahim) sahaja yang pujuk Tun M terus jadi PM.

"Zaman 'why' ada tanduk sudah berakhir. Dengar cerita ada menantu dan anak sudah merancang bermastautin di negara lain. Takut jadi banduan ke?" tulis Mohd Puad di Facebooknya, hari ini.

Pada 22Jun 2002, Mahathir mengejutkan arena politik tanah air apabila mengumumakan untuk bersara daripada arena politik tanah air.

Keputusan yang dibuat di pentas Perhimpunan Agung Umno itu menyaksikan Rafidah yang juga ketua wanita Umno bergegas ke arah presiden Umno itu.

"Why, why....," soal Rafidah yang akhirnya menyaksikan Mahathir menarik balik keputusan untuk meletak jawatan selepas turut dihalang timbalan presiden Umno ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

ADS

Semalam dalam tulisan terbarunya, Mahathir menyindir bekas perdana menteri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara sebagai "banduan istimewa" yang mahu hadir ke Dewan Rakyat untuk menasihati kerajaan cara mentadbir negara.

Mahathir juga mempersoalkan tindakan Ismail Sabri yang tidak meletak jawatan sebaik “hilang majoriti” sokongan, tidak seperti Muhyiddin Yassin yang berbuat demikian.

Menjawab kritikan Mahathir terhadap Najib, Mohd Puad mengingatkan bekas ahli parlimen Langkawi itu bahawa dia membebaskan Anwar sehingga menjadi "banduan istimewa".

"Tun M sindir Najib sebagai banduan istimewa. Tun M lupa dia yang bebaskan Anwar sehingga jadi  banduan istimewa. Sebelumnya dia tuduh Anwar peliwat yang tidak layak jadi PM,” katanya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan