PRU15: PH rasai gelombang kebangkitan rakyat di Kelantan


MACHANG:
Pakatan Harapan (PH) Kelantan merasai gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini yang diyakini akan memberikan kemenangan kesemua 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi PH Kelantan, Muhammad Husain berkata, kemenangan gabungan itu di negeri ini nanti sekali gus akan dapat membantu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Sokongan rakyat kelantan kepada PH semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan keadaan dalaman UMNO dan Pas ketika ini. 
 
 “Gelombang tersebut dijangka meningkat menjelang penamaan calon pada Sabtu ini.
"Saya yakin PH menang semua kerusi dan tidak akan hilang deposit,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Calon-calon PH Kelantan di Kampung Membunga di sini pada Rabu.
 
PH meletakkan 14 calon Parlimen di Kelantan termasuk Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa yang akan bertanding di Pasir Mas.
 
Beliau berkata, kebangkitan sokongan rakyat itu juga berpaksikan kepada 10 tawaran PH yang menjadi keutamaan sebaik memperoleh mandat selepas PRU15.
 
“PH akan memberi manfaat kepada rakyat yang dilihat semakin tertinggal dalam banyak aspek terutama ekonomi,” katanya.
 
Muhammad juga mengalu-alukan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong Pas sendiri bagi memberi kemenangan kepada PH pada PRU15.
 
“Kita tidak kacau kerajaan Pas di Kelantan. Undi ini untuk menentukan kerajaan di Parlimen.
“Jadi, boleh saja kalau Pas Kelantan nak sokong PH bantu Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya. -Sinar Harian
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan