tag:blogger.com,1999:blog-79086356855820881502024-03-05T12:27:56.849+08:00Akhbar RakyatSuara Hati RakyatVoice Rakyathttp://www.blogger.com/profile/09327845465400362986noreply@blogger.comBlogger4171125tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-58050042962542880262024-01-23T08:46:00.002+08:002024-01-23T08:46:28.419+08:00Andai Umno berbaik dengan PAS
Oleh Mohsin Abdullah
Bukanlah rahsia besar ada dalam Umno yang nak parti mereka lupakan
kerjasama dengan Pakatan Harapan dan berdamai dengan PAS. Saya gunakan
istilah “ada” kerana tidak tahu bilangan mereka – baik pemimpin atau
ahli biasa yang mahukan itu.
Masing-masing ada sebab sendiri mengapa mereka mahu apa yang mereka
mahu. Namun alasan “rasmi” ialah Umno akan terus hilang sokongan Melayu
jika terus berbaik dengan DAP yang duduk kukuh
dalam Pakatan Harapan (PH).
Ertinya mereka “jujur” dan “ikhlas” mahu “menyelamat Umno”. Semasa
menubuhkan Muafakat Nasional dahulu (sebelum Umno dimainkan PAS. Ini
kata Umno sendiri) kedua-dua cukup yakin akan memenangi jumlah besar
kerusi Parlimen khususnya pada mana-mana pilihan raya mendatang.
Waktu itu mereka bercakap mengenai PRU15. Ini berdasar congak dan
sifir mereka bahawa jika diambil kira undi yang diperolehi Umno dan PAS
pada pilihan raya sebelumnya dan dicampurkan jumlahnya melebihi apa yang
didapati PH ketika memenangi banyak kerusi yang ditandingi.
Penganalisis dan pakar kaji selidik menyifatkan pengiraan itu
“simplistik” kerana banyak faktor lain mesti diambil kira yang
menentukan pungutan undi dan kemenangan. Saya tidak akan huraikan faktor
berkenaan. Cuma ingin mengingatkan formula Umno PAS itu tidak sempat
diuji di peti undi dan kita tahu apa yang terjadi dengan MN.
Sekarang berbalik cerita bahawa ada di kalangan Umno yang mahu MN
2.0. Bolehlah disifatkan begitu jika bercakap mengenai Umno berbaik
semula dengan PAS walaupun tidak disebut istilah MN secara khusus.
PAS sememangnya mahukan Umno berbaik dengannya. Tidak perlu jadi
saintis politik untuk tahu PAS tidak mahu perpaduan ada dalam kerajaan
perpaduan. Alasan rasminya ialah demi penyatuan umat Melayu Islam.
Maka timbulah persoalan yang menjadi tajuk penulisan ini. Andai Umno
berbaik dengan PAS apa yang akan terjadi? Bagi orang Umno yang pro
langkah ini kejayaan yang diyakini ialah orang Melayu akan sokong
mereka, yakni orang Melayu yang dahulu pernah menyokong mereka dan juga
penyokong PAS.
Tidak ketinggalan penyokong Bersatu kerana parti itu duduk bersama
PAS dalam Perikatan Nasional (PN). Lalu wujudlah satu blok Melayu yang
cukup besar. Congak dan sifir lama akan menjadi realiti (pedulikan
faktor lain yang dikatakan penyelidik). Dan oleh kerana orang Melayu
adalah majoriti, undi “solid” Melayu akan memberi kemenangan pada
pilihan raya sekali gus mereka memerintah negara.
Itu berita yang baik. Tetapi buruknya pula (jika istilah buruk boleh
saya gunakan) ialah beberapa masalah akan timbul. Antara yang utama
ialah (isu lama sebenarnya tetapi sentiasa segar) pengagihan kerusi.
Siapa bertanding di mana? Ketiga-tiga parti Melayu akan mahu kawasan
majoriti Melayu- di kerusi mereka pernah bertempur dahulu. PAS dan
Bersatu nampak sudah ada persetujuan tetapi itu pun memang ada rasa
tidak puas hati.
Masuk pula faktor Umno. Rumit perkataan lembut yang boleh diguna
untuk membayangkan keadaan. Dan siapa akan dapat tanding lebih banyak
kerusi? Ini penting kerana dalam sistem kita parti yang menang jumlah
terbanyak akan menampilkan calon perdana menteri. Jangan nafi Umno dan
PAS mahu tidak orangnya jadi PM. Kedua parti anggap mereka parti
terbesar dalam gabungan.
Juga mengenai ideologi dan pendekatan. PAS akan kekal dengan
ideologinya. Umno pula bagaimana? Kekal dalam bentuk asal sebagai parti
nasionalis? Walaupun ada tunjuk mahu jadi lebih Islamik. Ubah jadi parti
garis keras agama? Anjak ke aliran kanan atau hingga far right ?
Bagi orang lama Umno, Nazri Aziz, kejayaan partinya terletak pada
strategi politik praktikal. Kata beliau membuat jajaran dengan PAS dan
Bersatu mungkin tidak membuah hasil yang diidamkan.
“Jika ahli Umno fikir dengan bekerjasama dengan PAS dan Bersatu kita
(Umno) akan jadi parti Melayu dominan mereka silap. Apabila PRU16
diadakan kelak Umno mungkin mendapati ia parti ketiga,” kata bekas Ahli
Parlimen Padang Rengas itu.
Pada pandangan Nazri, Umno mempunyai peluang memenangi kerusi yang
hilang dengan meneruskan kerjasama dengan PH dan “dalam politik menang
kerusi ialah satu satu yang paling penting”, bukannya mahu jadi parti
Melayu sentrik.
Namun bagi golongan Umno yang mahu blok Melayu wujud seperti
dikatakan tadi, jadi Melayu sentriklah cara untuk menang. Tetapi semua
tahu untuk memerintah negara sesebuah parti atau gabungan politik mesti
dapat sokongan rakyat semua bangsa. Dengan mencipta blok Melayu akan
mengakibat jurang perpisahan.
Ada blok Melayu dan blok bukan Melayu. Jangan lupa blok Borneo. PAS
sendiri tahu akan realiti ini dan sedang cuba mendapat sokongan rakyat
pelbagai bangsa dan agama. PN akan menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru
Cina Februari ini. Sekadar satu contoh kecil.
Kesimpulan Nazri “Jangan emosi. Kita perlu fikir dan menganalisis
dengan teliti sebelum membuat keputusan yang akan mencorakkan masa depan
politik kita.”
Sebagai penutup saya ulangi apa yang pernah tulis pada masa lalu.
Jika berbaik dengan DAP dikatakan Umno tidak akan dapat kembalikan
sokongan Melayu, imbas kembali Melayu menoleh muka daripada Umno pada
PRU15 – lama sebelum parti itu berbaik dengan DAP.
Yang buat Melayu tidak sokong ialah skandal 1MDB. Tak kan dah lupa?
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-44052908556344005502024-01-23T08:38:00.006+08:002024-01-23T08:38:51.552+08:00Google Meet terima penambahbaikan kesan video, audio
GOOGLE dilihat menyediakan sejumlah lagi ciri baharu pada Meet selari dengan statusnya sebagai platform telesidang atas talian yang digunakan ramai.
Ia sekali gus bermakna pengguna boleh menikmati lebih banyak manfaat menarik sewaktu membuat panggilan video dan audio.
Pertama sekali ialah keupayaan menggabungkan pelbagai kesan pada video yang bermakna pengguna bebas menggabungkan latar belakang dengan kesan penuras bersesuaian untuk pengalaman lebih menyeronokkan.
Pengenalan ini boleh dianggap menarik dan memudahkan khususnya apabila digunakan untuk sesi temu duga dalam talian.
Dalam masa sama, antaramuka utama turut dikemas kini supaya lebih mudah diakses oleh pengguna dengan setiap kesan latar belakang dan penuras dikumpulkan setempat mengikut kategori.
Seterusnya ciri Studio Lighting dan Studio Sound pula bantu meningkatkan kualiti video, sekali gus menyelesaikan isu yang disebabkan oleh pencahayaan rendah atau kualiti audio yang kurang baik.
Ini termasuklah keupayaan menyesuaikan tahap pencahayaan, kecerahan dan warna untuk kelihatan terbaik.
Sementara itu Studio Sound menggunakan AI untuk mencipta semula frekuensi audio lebih berkualiti tinggi supaya boleh didengari dengan lebih baik.
Kesemua ciri telah mula diedarkan secara berperingkat kepada pengguna.
Namun perlu diberi perhatian bahawa ciri Studio Lighting dan Studio Sound tersedia dengan tambahan Duet AI untuk Google Workspace Enterprise.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-14817053010516413362024-01-23T08:36:00.008+08:002024-01-23T08:36:57.887+08:00KPKM, with help from MYCC, to investigate rice cartel claims
PEKAN: The Agriculture and Food Securities Ministry (KPKM) through the Padi and Rice Regulatory Board will work with the Malaysia Competition Commission (MyCC) to investigate allegations of syndicates in the country's rice industry.
Its minister Datuk Seri Mohamad Sabu said the investigation is expected to take time as MyCC needs to understand the overall structure of the industry first.
He also said the food chain aspect in the rice sector involves multiple stages, necessitating a detailed and comprehensive investigation.
"Allegations are investigated over time; allegations are one thing, investigations another, and after completing an investigation, we discuss actions... investigations are ongoing," he told a press conference here today.
He was speaking to newsmen after attending the opening ceremony of the Large-Scale Smart Paddy Fields (SMART SBB) Ala Sekinchan at the Permatang Durian Water User Group, Merchong Scheme, which was graced and officiated by Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
The Bumiputera Rice Association of Malaysia (Barim) had claimed that there was a certain 'game' going on within Padiberas Nasional Bhd (Bernas), in addition to claiming that cartels were most likely in existence.
Barim president Ismail Awang claimed association members did not receive supplies of local rice from Bernas on the grounds that there was no stock available, while at the same time, most hypermarkets received such supplies.
On today's programme, Mohamad said SMART SBB Ala Sekinchan would be expanded to several states, including Sabah and Sarawak in stages, and the latest to be launched in Pasir Puteh, Kelantan.
Meanwhile, he announced that the entire Merchong Scheme covered an area of 4,134 hectares with a total of 1,716 padi farmers.
"There are 10 Water User Groups (KPA) under the Merchong Scheme, and this project will focus primarily on the Permatang Durian KPA for the first phase of project implementation involving 84 participants with an area covering 168 hectares," he said.
Mohamad said the expected average padi yield is six metric tonnes per hectare, with production for the entire project area totaling 27,813.876 metric tonnes and rice production of 16,688.325 metric tonnes per season.
"At the same time, if planting intensity is increased to twice a year, the expected rice production could reach up to 33,376.65 metric tonnes of rice, capable of meeting the needs of the entire population of Pahang," he said.
Besides this, he said a total of RM1.85 billion had been allocated to ease the cost of living for rice farmers and ensure the sustainability of the country's rice production last year.
-- BERNAMA
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-86068221588002139622024-01-23T08:34:00.006+08:002024-01-23T08:34:39.910+08:00Palestin seru dunia kenakan sekatan ke atas Israel
RAMALLAH:
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menegaskan, konsensus
antarabangsa mengenai penubuhan negara Palestin perlu diterjemahkan
menerusi langkah-langkah praktikal merangkumi ke arah menamatkan
pendudukan dan dunia perlu memulakan sekatan ke atas Israel kerana
pencerobohan berterusan, penjajahan, pendudukan dan penolakannya
terhadap keamanan.
Berucap pada mesyuarat mingguan Kabinet Palestin di Ramallah semalam,
beliau berkata, terdapat gerakan antarabangsa yang penting di sekitar
penyelesaian dua negara itu dan dunia tidak harus memberi perhatian
kepada Netanyahu dan kerajaannya yang menolak penyelesaian.
Katanya, dunia juga harus berusaha untuk menamatkan pendudukan,
mengiktiraf negara Palestin secara dua hala dan mengundi Palestin untuk
menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Dasar jenayah pembunuhan Israel masih meragut nyawa orang awam yang
tidak bersalah di Semenanjung Gaza, malah bantuan yang diberikan sangat
sedikit dan tidak memenuhi keperluan orang ramai.
"Malah, penyakit kini mula merebak dan ribuan kes hepatitis dan
penyakit lain sudah direkodkan, ketika musim sejuk berlaku serta
ketiadaan tempat perlindungan yang sesuai," katanya.
Shtayyeh berkata, bekalan air dan elektrik masih terputus, rangkaian
komunikasi terganggu dan akhbar antarabangsa masih dihalang daripada
sampai ke Semenanjung Gaza, termasuk akhbar Palestin sendiri.
"Kini jumlah mangsa, termasuk yang terbunuh, cedera, orang hilang dan
tahanan sudah mencecah kira-kira 100,000 dengan 70 peratus daripadanya
terdiri kanak-kanak, wanita dan orang tua.
"Sejumlah 18 tanah perkuburan digali di Semenanjung Gaza, di Tebing
Barat pula Israel terus membunuh rakyat Palestin, terutama di kem dan di
semua kawasan wilayah Palestin, di mana jumlah rakyat Palestin yang
terbunuh sejak awal tahun lalu mencecah kira-kira 523, termasuk 22 yang
dibunuh oleh kumpulan penjajah itu," katanya.
Beliau berkata, situasi di Gaza dan Tebing Barat perlu dihentikan
dengan pembunuhan dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin.
Menyentuh mengenai kewangan, Perdana Menteri itu berkata, kerajaan
Israel kini meluluskan pemindahan peruntukan wang yang 'dibelanjakan di
Semenanjung Gaza ke Norway dengan syarat wang itu dimasukkan ke dalam
akaun khas di negara terbabit dan menetapkan ia tidak akan dipindahkan
kepada pihaknya.
"Norway memutuskan untuk mengambil tugas ini sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan Antarabangsa untuk Palestin," katanya.
- AGENSI
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-79150927739033737362024-01-23T08:32:00.005+08:002024-01-23T08:32:57.025+08:00Remaja Korea Utara tonton K-Drama dihukum kerja berat 12 tahun
SEOUL:
Dua remaja Korea Utara dikenakan hukuman menjalani kerja berat selama
12 tahun atas kesalahan menonton drama Korea atau K-drama.
Memetik laporan BBC hujung minggu lalu, hukuman berkenaan dijatuhkan
di depan ratusan remaja di sebuah stadium terbuka berdasarkan satu
rakaman video.
Rakaman video itu dipercayai diambil pada 2022, memaparkan kedua-dua
remaja itu dilihat sedang digari oleh pihak berkuasa negara terbabit.
Suara latar terselit dalam video itu juga mendakwa, budaya dari Korea
Selatan memberi pengaruh buruk sehingga merebak kepada remaja Korea
Utara.
"Budaya buruk rejim (ditujukan kepada Korea Selatan) telah merebak kepada remaja di sini.
"Mereka baru berusia 16 tahun, tetapi telah merosakkan masa depan sendiri," kata suara latar dalam video berkenaan.
BBC memaklumkan mereka memperoleh rakaman terbabit daripada
Pembangunan Selatan dan Utara (SAND) iaitu sebuah institut penyelidikan
yang bekerjasama dengan pembelot dari Korea Utara.
BBC mengesyaki, video itu diedarkan ke seluruh Korea Utara bagi
mendidik rakyatnya, supaya tidak menonton sebarang kandungan media dari
Korea Selatan.
Korea Utara didakwa mengharamkan rakyatnya daripada menonton kandungan hiburan dari Korea Selatan.
Difahamkan, kanak-kanak bawah umur pada masa lalu yang melanggar
undang-undang terbabit kebiasaannya tidak akan dipenjara, cuma dihantar
menjalani hukuman di kem buruh belia. - AGENSI
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-88495634507872178712023-12-03T14:40:00.002+08:002023-12-03T14:40:43.558+08:00Memang agenda PN rupanya...
Ada mesej tersirat yang penting di
sebalik pengakuan terbuka Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin
Hafiz Syed Abdul Fasal, beberapa hari lalu.
Dengan kenyataan
dibuatnya baru-baru ini barulah orang ramai tahu bahawa ahli parlimen
pembangkang sebenarnya tidak pernah dipanggil untuk berbincang mengenai
rundingan peruntukan.
Padahal itulah nasihat yang diberikan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar pembangkang berunding secara
diplomasi agar nasib rakyat di kawasan mereka boleh dibantu secara
berkesan.
Ia juga membuktikan pemimpin PN tidak pernah bersungguh dalam membantu ahli-ahli parlimen sendiri mendapatkan peruntukan.
Sebelum
ini Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, mendakwa rundingan telah
dibuat dengan kerajaan melalui wakil PN, Takiyuddin Hassan.
Sekarang kita berhak bertanya: siapa yang bercakap benar?
Berdasarkan
apa yang berlaku sehari dua ini, apa yang kita nampak hanyalah satu -
pemimpin PN lebih gemar bermain politik untuk memperlihatkan seolah-olah
mereka dianiaya.
Sedangkan hakikatnya mereka sendiri tidak ikhlas
untuk berunding bersama kerajaan seperti yang dilakukan oleh PH semasa
Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.
Paling
tidak bertanggungjawab adalah apabila pucuk pimpinan PN terus-menerus
memberi harapan kepada para penyokong mereka bahawa usaha-usaha untuk
menukar kerajaan giat dibuat.
Perkembangan ini menunjukkan
pimpinan PN sebenarnya sengaja mengelak untuk menjalankan rundingan
dengan kerajaan dengan matlamat agar mereka kononnya dimangsakan.
Pada masa sama kerajaan dipotretkan sebagai pihak yang menekan pembangkang tanpa sebab.
AZHAR RAHMAN ialah exco Pemuda Amanah Nasional dan Ketua Komunikasi Amanah Perak.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-65201051970137238092023-11-29T09:39:00.002+08:002023-11-29T09:39:21.185+08:00Wajarkah rundingan MP pembangkang dan kerajaan?
Sekali lagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim diserang kerana menuntut rundingan sebelum Constituents Development Fund (CDF),
(Peruntukan pembangunan untuk kawasan parlimen) sebelum sebahagian CDF
disalurkan menerusi pejabat ahli parlimen berkaitan.
PMX tidak meminta agar dijilat bagi memastikan peruntukan tersebut disalurkan.
PMX hanya mahukan akhlak yang baik bagi menjamin kesejahteraan iklim politik negara.
Jika
dulu, PM9 iaitu ahli parlimen Bera, imbalan kepada penyaluran
sebahagian CDF melalui pejabat ahli parlimen adalah bagi pembangkang
menghentikan usaha menggugat kestabilan kerajaan, yang ketika itu hanya
mempunyai majoriti tipis.
Ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.
Permintaan
PM9 ketika itu diraikan dan dipersetujui oleh ahli parlimen
pembangkang. Hasilnya dapatlah kerajaan Keluarga Malaysia berdiri
sehingga dibubarkan sendiri oleh PM9.
Kini, PM10 hanya mahukan
pembangkang memperbaiki akhlak mereka sendiri agar dihormati oleh
penyokong dan bukan penyokong, mendisiplinkan dan menegur penyokong
mereka agar tidak terus menerus memfitnah dan mencerca pihak lawan.
Gelaran ejen Zionis, peliwat dan terbaru dajal diberikan kepada PM10.
Itu
belum lagi fitnah demi fitnah yang dilemparkan sehingga mempengaruhi
penyokong begitu berani mengeluarkan ugutan bunuh kepada PM10.
Permintaan
yang munasabah daripada seorang Islam, daripada seorang pendakwah untuk
menjayakan misi Baginda Rasulullah SAW yang diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia (akhlak karimah).
Mesej
yang mudah dan jelas, Berjanji memperbaiki akhlak diri dan menegur
tingkah laku penyokong yang melampau, maka segala keperluan rakyat akan
diikhtiarkan untuk dipenuhi.
Kegagalan pembangkang menjadi uswah hasanah (teladan yang baik) melahirkan pemikiran melampau (ghuluw) dari kalangan pengikut yang boleh mengancam keselamatan negara.
Maka atas tanggungjawab memelihara akhlak, rundingan diperlukan antara pembangkang dan wakil kerajaan yang telah ditetapkan.
AMIDI ABDUL MANAN ialah pengerusi, Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-14218690171919684582023-11-20T08:49:00.003+08:002023-11-20T08:49:50.009+08:00 PMX Sebagai 'Anak Jantan ' Memperjuangkan Hak Rakyat Palestin
YAB PM merupakan salah seorang dari pemimpin yang lantang menekankan tentang isu di Gaza. Beliau, semasa sesi ini, sekali lagi telah menunjukkan kecaknaan dan pendirian yang teguh terhadap kekejaman dan kezaliman yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestine. Tentulah berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh setengah pemimpin yang semacam ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil takut kesan 'buruk' yang akan menimpa negara mereka. Amat berbeza dengan tindakan yang diambil oleh PMX - "walk the talk'.
Justeru, YAB PM bersama pemimpin-pemimpin dari Brunei Darussalam dan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan media bersama untuk memberi gambaran yang lebih tepat dan adil mengenai perbincangan kemanusiaan di Gaza semasa mesyuarat ini. Di negara kita sendiri seolah-olah semacam tidak ada langsung penghargaan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang hususnya tentang apa yang dilakukan oleh PMX itu. Malang sekali!
Ramai pemimpin dunia termasuklah dari Brunaai Darussalam dan Indonesia telah menyatakan kebimbangan tentang penderitaan dan kesan buruk peperangan serta konflik di seluruh dunia. Mereka menyedari bahawa konflik sebegini boleh membawa kesan yang ketara kepada ekonomi global. Mereka juga telah menggesa gencatan senjata segera dan penghentian keganasan di Gaza apabila melihatkan 'keganasan' yang melampau yang dilakukan oleh kumpulan Zionis Israil. Seolah-olah semacamt idak ada hari esok bagi mereka untuh menhapuskan sisa-sisa bangsa Palestin yang mempertahankan tanah air mereka.
PMX tidak lupa akan rakyat Malaysia yang berada di San Francisco bersempena dengan persidangan APEC di sana. Beliau bersama rombongan sempat mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di San Francisco. Itu amat penting agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak dilupakan samada mereka sebagai pelajar atau pun sebagai ahli perniagaan dan telah menjadi rakyat di sana. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Saudara Anwar bahawa beliau dan YAB DS Wan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai.
Tanpa ragu-ragu dengan pendirian Malaysia terhadap isu di Palestin kini, dan Semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, PMX telah tegaskan betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Walaupun itu merupakan 'seruan' yang sukar diterima oleh setengah pemimpin dunia namun Malaysia melalui Perdana Menterinya telah menyampaikan hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Harapan yang meninggi agar dapat ditegakkan keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin!
PMX tidak mengenepikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan tenaga kesenangan dan kebajikan rakyat Malaysia walaupun berada di perantauan menjalankan tugas yang lain dari sepatutnya yang dilakukan. Lantas beliau telah bertemu dengan ramai pemimpin dunia demi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan demi untuk menjalin kerjasama ekonomi dan hal-hal lain yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kesejahteraan Malaysia yang boleh dianggap sebagai salah satu prinsip yang menerajui kerajaan Madani. Antara yang ditemui adalah Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Australia dan pimpinan-pimpinan lain. Mereka telah berbicara pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama serta melaungkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat menerusi kerjasama pelbagai bidang.
Berdiri sebagai 'Anak Jantan' semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, beliau menegaskan betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Ditambahnya lagi bahawa pemimpin dunia harus menegakkan keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin.
Menyertai sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung di Moscone Centre, San Francisco yang telah dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden dengan dihadiri oleh semua pemimpin APEC lain, beliau telah menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat rejim zionis Israel yang tidak henti-henti.Telah ditegaskannya apa yang berlaku di Gaza jelas menyerlahkan kegilaan menidakkan tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku seterusnya mengakibatkan malapetaka iklim. Dalam majlis sama, beliau turut menegaskan bahawa negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.
Usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin negara kita bukan kecil dan telah membuka 'mata dunia' bahawa sudah ada pemimpin khususnya Perdana Menteri dari Malaysia sudah sanggup 'bersepak terajang' di arena antara bangsa yang mempersoalkan tentang kebajikan manusia sejagat. Bangsa kita bukan lagi berjuang ala kekampungan tetapi telah mula mengeluarkan taring demi untuk menunjukkan bahawa bangsa Malaysia juga harus dihormati oleh dunia. Persitiwa di Gaza yang membabitkan rakyat Palestin telah amat menyentuh hati dan perasaan rakyat Malayisia yang cinta damai. Lantas pemimpin ulung PMX bangun menentang dan 'melenting'.
Yang agak menyedihkan kita ialah kemana 'hilang'nya pejuang-pejuang pembangkang yang kononya merupakan pejuang tulin yang sentiasa mendabik dada yang kononya memperjuangkan negara Islam. Mereka juga harus bersikap 'anak jantan' seperti PMX. Ataupun sekuran-kurangnya berikanlah sedikit penghargaan kepada perjuangan PMX berkenaan.
Fikirkanlah...
abuhassanadam
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-4575938093852598552023-11-14T10:17:00.002+08:002023-11-14T10:17:18.369+08:00Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas?
Oleh Mohd sayuti Omar
TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan.
Bersatu terpaksa membuat mesyuarat tergempar membincang kejadian berkenaan. Antara diputuskan malam tadi parti itu bercadang untuk membawa kejadian itu kepada SPRM dan polis serta menuntut kepastian apakah tindakan mereka itu melanggar akta anti lompat parti atau tidak.
Dalam kenyataan awal presiden Bersatu, Mahiaddin Yassin beliau cuba memberi gambaran keadaan empat ahli parlimen Bersatu itu diselamatkan oleh Speaker yang tidak ada wibawa atau berpandangan berat sebelah.
Rasanya tidak perlu beliau mengait dan menjadikan Speaker sebagai kambing hitam bagi mengharamkan tindakan wakil itu kerana akta anti lompat adalah undang-undang diluluskan parlimen dan mahkamah sahaja boleh mementukannya. Kuasa mahkamah mengatasi kuasa Speaker. Mana mungkin Speaker interfere dalam hal ini.
Apa pun yang boleh ditafsirkan dengan kejadian itu, bahawa PN kini dilanda krisis keyakinan anggota mereka (MP) sendiri kepada kepimpinan koalisi berkenaan. Empat wakilnya itu bakal menjadi pandemik membahayakan yang boleh merebak.
Memaling sokongan.
Dengan menjadikan alasan tindakan mereka itu demi rakyat dan untuk mendapat peruntukan untuk kawasan parlimen masing-masing, empat ahli parlimen Bersatu itu memalingkan sokongan dari PN kepada pembangkang. Bahawa sudah timbul keraguan dalam kalangan wakil rakyat mereka sehingga ada yang mengubah sikap. Itu hakikatnya.
Mereka ialah ahli parlimen Kuala Kangsar (Iskandar Dzulkairnain Abdul Khalid), Labuan (Suhaili Abdul Rahman), Gua Musang (Mohamad Azizi Abu Naim) dan Jeli (Zahari Awang Kecik). Walaupun mereka masing-masing menyatakan kesetiaan kepada parti, tetapi hakikatnya mereka tidak lagi bersama Bersatu. Sekaligus tindakan mereka itu mengurangkan jumlah pembangkang dari 74 kerusi kepada 70, dan menambah kepada kerajaan dari 147 menjadi 151.
Pihak Bersatu cuba menjustifikasi peralihan sokongan empat MP itu sebagai satu pencabulan kuasa dan ada manipulasi politik. Kononnya mereka berempat itu telah dipengaruhi dan ditawar dengan kebendaan. Tuduhan itu sangat dangkal, sengaja mahu merendahkan moral keempat wakil rakyat itu sahaja.
Lantas Bersatu bercadang untuk mengemukakan masalah itu kepada SPRM dan pihak polis. Bahkan diugut sama mereka juga akan melaporkan SPRM kepada SPRM kerana mengsyaki ada kakitangan SPRM berselingkuh. Sebenarnya cadangan itu tidak lebih daripada untuk dikatakan bahawa Bersatu tidak berdiam diri dengan kemelut itu, sedangkan tindakan itu tidak akan memberi apa-apa dampak.
Walaupun kedudukan mereka dalam parti masih samar, namun tindakan bakal dikena oleh parti dengan mengambil tindaklan disiplin, dan sudah ada yang sudah digantung menunjukkan keempat orang ahli parlimen itu sudah mengucap selamat tinggal kepada Bersatu. Bersatu tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana akta anti lompat parti tidak berlaku kepada mereka. Sementara langkah Bersatu hendak melaporkan kepada SPRM dan polis ia tidak lebih usaha menjustifikasikan kejadian itu sahaja, untuk menunjukkan yang mereka tidak berdiam diri.
Yang jelas perilaku tindakan mereka itu memberi beberapa implikasi kepada Bersatu dan PN. Tindakan itu benar-benar memukul Bersatu dan PN. Bagi Bersatu tindakan mereka itu menggambarkan mereka hilang kepercayaan dan keupayaan presiden mereka Mahiaddin Yassin yang sebelum ini beriya-iya mengatakan mereka akan kembali berkuasa dan menjatuhkan kerajaan Perpaduan.
Apabila setelah lebih sembilan bulan kerajaan Perpaduan tidak berjaya digugat dan Mahiaddin masih belum dipanggil ke Istana untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri seperti dicanang-canangkan wajar kalau ada orang mulai meragui keupayaannya itu. Dan bagi empat wakil itu jalan terbaik dengan meninggalkan parti. Tiada ada guna menunggu sesuatu yang tidak hadir. Tepatlah kalau mereka bertindak demikian kerana bagi mereka lebih obses tentang nasib dan kepentingan rakyat ketimbang diri sendiri.
Rakyat tidak hanya cukup dijamu dengan janji dan dihiasi dengan lauk pauk retorik dan mimpi-mimpi molok untuk jadi kerajaan. Rakyat tidak boleh menangguhkan agar keperluan mereka dipenuhi. Masa berlalu dari minggu ke minggu bulan ke bulan, sedangkan perut dan tuntutan hidup diperlukan. Jeritan kehausan pembangunan rakyat di bawah sana kian lantang dan terdesak. Justeru mereka penaka wakil rakyat harus memikir dan menindakkan sesuatu. Tindakan menyokong kerajaan itu adalah tepat.
Apa yang berlaku itu adalah elok kalau Mahiaddin juga bermuhasabah merenung ke dalam diri apakah dia masih layak dan berkemampuan untuk terus memimpin parti? Tiada guna jadi presiden kalau kita sudah hilang kepercayaan dan keyakinan. Walaupun tindakan empat orang itu tidak ramai, tetapi ia memberi kesan bahawa Bersatu dan PN sedang mengalami keretakan serius. Mahiaddin perlu melakukan sesuatu yang lebih praktikal.
Sebaik-baik sikap diambil Mahiaddin ialah berdamai dengan kerajaan. Serah diri dengan melakukan ceasefire. Jika beliau melakukan itu beliau akan dihormati dan disokong rakyat. Perdamaian itu boleh dilakukan dalam apa sahaja bentuk setidak-tidaknya untuk menimbus kemaluan yang sudah melata di muka kini. Sebaik-baiknya mengadakan MoU dengan kerajaan Perpaduan meniru seperti mana dilakukan PH semasa menjadi pembangkang dahulu menanda tangani MoU dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ismail Sabri Yaacob.
Mahiaddin dan Bersatu serta PN berhentilah bermimpi untuk mengambil alih kerajaan. Ketahui dan insaflah hari sudah siang. Ia akan menjadi sulit bukan sahaja kerana ahli parlimen mereka telah hilang kepercayaan dan keraguan, namun ia akan terus terhalang apabila dengan keyakinan rakyat sendiri hari ini kepada kerajaan Perpaduan, Malaysia Madani kian diterima.
Kesan kepada Pas.
Langkah empat ahli parlimen itu turut memberi kesan sama kepada Pas. Tentu ia juga mengejutkan Pas yang selama ini dberikan janji kosong oleh Bersatu untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral sekali lagi. Bagaimana Pas melihat tindakan berkenaan? Apakah mereka tidak bimbang dan ragu atau pun masih berkeyakinan PN akan berjaya menggugat kerajaan Perpaduan.
Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai iltizam untuk menguasai kerajaan, Pas tidak boleh meriba tangan melihat kejadian itu tanpa mencari formula atau mengagaskan sesuatu politik baru. Pas perlu berfikir ke hadapan dengan lebih jauh serta memikirkan beberapa kemungkinan akan berlaku. Misalnya Pas perlu meletakkan pertanyaan dalam minda mereka, apakah tidak mustahil Bersatu akan berkolaborasi dengan kerajaan, mengambil sikap berbaik dengan musuh selepas gagal menewaskannya.
Pas kena fikir perkara ini. Sebelum Pas dimainkan, Pas harus membuat persiapan diri. Pas harus kebal dengan kemungkinan-kemungkinan politik. Dalam politik tidak ada kesetiaan, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunai tetapi untuk dimungkiri. Ingat.
Dalam hal ini Pas juga secara senyap atau terbuka harus menyemak kembali wibawa Mahiaddin sebagai pengerusi PN. Mesti ada sesuatu yang kurang atau tidak disenangi dan ketidak-mampuannnya apabila ditungging punggung oleh ahli sendiri walaupun tanpa penyertaan mereka.
Politik umpama sebuah kenderaan awam yang dinaiki pelbagai penumpang. Ia akan bergerak mengikut masa dan jadualnya. Mana-mana penumpang yang terlambat atau bermasalah ia akan ditinggalkan. Nah begitu juga dengan Bersatu ia adalah penumpang kepada kenderaan awam yang akan memikirkan dirinya daripada penumpang yang lain. Bersatu tidak sanggup ketinggalan sama dengan penumpang lain (Pas). Sebagai penumpang Pas harus berfikiran positif.
Justeru Pas perlu menilai kembali keberadaannya dalam PN. Renung dan kaji apakah untung dan ruginya. Apakah kelabaan kalau ia meninggalkan Bersatu dan menyokong kerajaan. Fikir dan selidik apakah kerugian kalau terus bersama Bersatu dan kekal menentang kerajaan?
Ukuran atau perkara yang perlu dijadikan ukuran dan perioriti kepada Pas ialah nasib rakyat, terutamanya dalam kawasan negeri dikuasai mereka. Mungkin rakyat di kawasan dimana negeri dikuasai Pas, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak akan menghadapi kesulitan seperti rakyat di kawasan di luar negeri-negeri itu. Sekiranya dengan terus menentang kerajaan dan kekal berkolabrasi dengan Bersatu merugikan Pas, Pas harus melakukan sesuatu yang munasabah dan drastik.
Pas tidak akan rugi apa-apa kalau ia membuat penilaian semula dengan Bersatu. Bahkan tindakan itu dikira berpandangan jauh. Itulah political will namanya. Pas kena yakin kepada keupayaan parti berkenaan yang punyai potensi. Pas kena sedar selama ini yang menghidup atau mengelombangkan sokongan rakyat kepada PN ialah Pas bukannya Bersatu. Bersatu hanya menumpang "tui" Pas semata-mata. Menjadi unta atau keldai itu baik, tetapi ia tidak begitu membahagiakan kalau selama-lama dijadikan haiwan tunggangan kerana ia terbatas jua dengan usia dan keadaan.
Atas realiti itu dan potensi yang ada Pas mampu bergerak sendiri menjadi parti alternatif kepada mana-mana parti memerintah Keadilan atau Umno. Pas tidak perlu bergantung kepada mana-mana parti. Apakah Pas sedar nilai dan kekuatan yang satu ini ada kepadanya? Pas kadang-kadang tidak sedar potensi diri dan kekuatan yang ada kepadanya, kerana ia dinaungi oleh individu yang oportunis menguasai parti berkenaan.
Kesimpulan perkembangan yang "lembam" dalam Bersatu sekarang ini Pas perlu sedari dan peka. Pas jangan sekali lagi terlepas akibat kurang cekap membaca kompas dan iklim politik. Tokoh-tokoh muda/pelapis dalam parti agama itu seperti Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Noor, Dr Zuhdi Marzuki, Afnan Taib dan lain-lain perlu bangkit dan berani menyatakan "tesis" politik masing-masing. Mereka tidak perlu terus menjadi pandir kepada ludah-ludah presiden semata-mata.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-39354257478917883592023-09-04T09:49:00.003+08:002023-09-04T09:49:29.687+08:00Yang rasa-rasa tiada kemampuan, tak usahlah beria-ia sangat hendak jadi wakil rakyat….jadi rakyat sudahlah!!!Oleh Shahbudin Huisn
kecoh di media sosial dengan sebuah poster mengenai seorang Adun yang baru menang di Selangor yang cuba memohon derma secara terbuka daripada rakyat jelata untuk pusat khidmat masyarakat yang mahu diwujudkannya.
Bantuan atau derma yang diperlukannya ialah set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan kenudahan internet unifi.
Selain sedia menerima bantuan atau derma dalam bentuk barangan yang diperlukan, beliau juga bersikap terbuka untuk menerima derma dalam bentuk wang tunai.
Bagi tujuan itu, turut disertakan dalam poster memohon derma itu ialah satu akaun bank yang dipercayai milik seorang guru besar.
Soal bagaimana dan kenapa guru besar yang masih berkhidmat itu sedia membenarkan akaun banknya digunakan, rasanya biarlah ia disiasat dan diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan.
Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah tentang perbuatan wakil rakyat berkenaan memohon bantuan secara terbuka daripada rakyat jelata.
Sepanjang saya hidup, inilah pertama kali saya melihat ada wakil rakyat berbuat demikian.
Tidak pernah saya mendengar ia berlaku sebelum ini kerana mana-mana wakil rakyat biasanya akan menggunakan kemampuan sendiri untuk membuka pejabat atau pusat khidmat mereka.
Sebelum menjadi wakil rakyat lagi, seseorang itu secara umumnya sedar itulah keperluan yang harus disediakan jika setelah menang dan terpilih sebagai wakil rakyat.
Bagaimana menyediakannya, pandai-pandai merekalah berusaha, kalau perlu mengguna wang simpanan, jual kereta, gadai rumah atau meminjam di mana-mana, mahu tak mahu, ia adalah sesuatu yang terpaksa dilakukan demi tanggungjawab yang diamanahkan.
Ini belum apa-apa lagi sudah nak minta tolong daripada rakyat bagi mewujudkan pusat khidmat, siapa yang menolong siapa – wakil rakyat tolong rakyat atau rakyat tolong wakil rakyat?
Seperti suatu trend pula, satu dua wakil rakyat lain juga dikesan meminta bantuan secara terbuka bagi mewujudkan pusat khidmat mereka.
Untuk itu, sebelum sedia atau beria-ia mahu jadi wakil rakyat, seseorang itu perlu ukur baju di badan sendiri dan lihat kemampuan diri terlebih dahulu.
Jadi wakil rakyat ini memerlukan banyak belanja dan pengorbanan, ia lebih kurang sama macam nak berbini dua.
Kalau cermin diri dan rasa tak mampu, lebih baiklah jangan cuba-cuba dan jaga saja isteri serta rumahtangga sedia ada.
Kalau nak berbini dua perlu kemampuan zahir dan batin, untuk jadi wakil rakyat pun perlu ada kemampuan sama – kemampuan wang ringgit dan mampu tanpa mengira masa melayan masalah rakyat.
Jika rasa tak mampu, elakkanlah menawar diri atau beria melobi hendak jadi wakil rakyat, sebaliknya lebih baik buat saja apa-apa pekerjaan yang sedia ada.
Menolong dan membantu rakyat merangkumi banyak perkara, kadang-kadang bini bersalin, anak nak masuk sekolah, bil letrik tertunggak, malah bil cetak kad nama perniagaan pun ada yang minta bantuan dengan wakil rakyat juga.
Kalau kita bukan jenis yang berkemampuan, ditambah sedikit kedekut – macam mana nak jadi wakil rakyat yang baik dan disukai?
Lebih-lebih lagi jika nak sediakan pusat khidmat pun minta tolong dengan rakyat, bagaimana pula mereka nak menolong rakyat?
Sebab itu, kepada semua parti politik selepas ini, ukuran kemampuan hendaklah diambil kira sebelum memilih seseorang itu sebagai calon.
Jangan pilih secara tangkap muat saja, nanti buat rosak nama parti saja dibuatnya.
Kalau ia pun nak minta bantuan atau pertolongan, barangkali tidak menjadi sesuatu yang janggal jika ia dilakukan secara tertutup dengan meninta daripada kawan-kawan, saudara mara atau ahli pernigaan yang dikenalinya untuk semua kemudahan yang diperlukannya itu.
Janganlah orang kawin dua, kita pun gatal nak lahwin dua juga; orang jadi wakil rakyat, kita pun sibuk sama nak jadi wakil rakyat.
Tak mampu jadi wakil rakyat, jadi rakyat sudahlah!! – ShahbudinHusin
DAPATKAN JUGA ANALISIS TERBAIK DI PORTAL DENYUT REFORMASI LEBIH TERBUKA DAN MENARIK Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-87883192619941603932023-08-29T09:38:00.001+08:002023-08-29T09:38:09.392+08:00'Fatwa' Pas, Hadi Awang berubah setiap pilihan raya - Mohamad SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa ‘fatwa’ politik yang dibawa oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan berubah pada setiap pilihan raya sehingga sanggup berbohong dan menyembunyikan fakta.
Beliau berkata, malahan dakwaan kononnya keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud juga hanyalah alasan yang sengaja direka untuk memanipulasi rakyat.
Sebaliknya, beliau mendedahkan, kata sepakat berkaitan isu hudud antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat telah pun dipersetujui dan keputusan Pas meninggalkan DAP adalah kerana mereka mahu mewujudkan kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama UMNO selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2013.
“Menjelang PRU-13 isu hudud bergema di Malaysia dan perbincangan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat berlangsung di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut yang mana di pihak Pas di hadiri oleh Abdul Hadi, saya dan beberapa pemimpin.
“Pemimpin DAP yang hadir ialah Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke Siew Fook dan ada lagi yang saya tidak ingat, manakala PKR ada Datuk Seri Saifuddin Nasution.
“Dalam perbincangan itu akhirnya keputusan dicapai iaitu ‘agree to disagree’ yang mana kita bersetuju untuk melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menentang rasuah dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan mesti dijulang bersama dan tidak bersetuju soal hudud,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh, di sini, pada malam Isnin.
Mengulas lanjut, katanya, kerjasama itu kemudian diteruskan dalam PRU-13 dengan slogan ‘agree to disagree’ dan pada pilihan raya itu kerjasama itu kekal menang di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan tewas di Kedah sebelum Pas melalui perbincangan Muktamar Pas pada 2015 kemudian mengisytiharkan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP .
Justeru, tegas beliau, tidak timbul soal hudud selain mendedahkan Pas juga pernah akur dengan kehendak DAP yang tidak mahu konsep negara Islam diguna pakai dan Pas bersetuju menggantikannya dengan negara berkebajikan (welfare governance).
“Menjelang pilihan raya tahun 2008 lalu, usaha menggabungkan kerjasama Pas, DAP dan PKR berterusan dibuat pelbagai pihak.
“Ini beliau tidak cerita yang mana DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan Pas bersetuju menggantikannya dengan negara berkebajikan, Pas sanggup gugur negara Islam, istilah itu diganti dengan negara berkebajikan,” tambah Mohamad.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan sudah pasti beliau mengingati setiap peristiwa yang berlaku dalam parti itu.
Katanya, secara peribadi, beliau menghormati pemimpin tertinggi Pas itu namun pembohongan yang dilakukan terlalu melampau dan tidak boleh diterima.
DAPATKAN JUGA ANALISIS TERBAIK DI PORTAL DENYUT REFORMASI LEBIH TERBUKA DAN MENARIK
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-65426977970473270232023-08-23T12:24:00.002+08:002023-08-23T12:24:08.341+08:00Bersatu - Sisa -Sisa Nasi Tambah Pas
2018: 22-32
2023: PAS 27, Bersatu 5
Kelantan (43-2): PAS 38 Bersatu 1/5
2018: 37-45
2023: PAS 39, Bersatu 6
Kedah (33-3): PAS 21 Gerakan 1 Bersatu 3/11
2018: 15-36
2023: PAS 21 Gerakan 3 Bersatu 12
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-44138639332318379702023-08-23T12:22:00.002+08:002023-08-23T12:22:47.120+08:00Jalan singkat ke syurga
mereka rela mengorbankan
saudara-saudara mereka
untuk merebut tempat
terdekat di sisi-Mu.
dan menikam hamba-hamba-Mu sendiri
demi memperoleh Rahmat-Mu.
menentukan ibadah
tetapi juga menetapkan
siapa ke sorga siapa ke neraka.
dan mereka akbarkan
semua yang mereka lakukan
hingga takbir
dan ikrar mereka yang kosong
bagai perut bedug.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-37163539264674255552023-08-22T16:16:00.007+08:002023-08-22T16:17:26.763+08:00Oren di tengah hijau Kota Bharu
Oleh Faisal Tehrani
Saya berpendapat pemenang yang agak bergaya dalam PRN 2023 lalu adalah Amanah. Meskipun dihujahkan Amanah banyak kehilangan kerusi dipertandingkan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, serta kalah teruk di Terengganu; sayugia diingatkan yang Amanah melakukan sesuatu tidak dijangkakan iaitu menakluk DUN Kota Lama di Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah sejarah besar 12 Ogos 2023 di Kelantan.
Hakikat bahawa kemenangan Amanah di Dun Kota Lama itu sangat penting ialah kerana PAS sendiri sudah menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam ekoran terlepasnya kerusi DUN Kota Lama ke tangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob, PAS tidak menyangka kerusi DUN Kota Lama itu boleh ditakluk oleh PH di tengah-tengah megah dan pongahnya gelombang hijau PAS melanda Kedah, dan sebahagian Selangor. Harus dinyatakan di sini juga PAS menyasarkan kemenangan 45 kerusi DUN Kelantan tetapi terlucut dua kerusi, satu ke tangan Barisan Nasional (BN) dan satu lagi kepada Amanah.
Sekiranya kita memahami politik Kelantan, kita akan mendapati kemenangan seorang wanita bernama Dr Hafidzah Mustakim, dengan undian 9,695, menewaskan calon PAS, Zamri Ismail dengan 9,489 undi iaitu bermajoriti 206 itu merupakan satu panji yang amat signifikan. Di dalam kamus politik Kelantan, parti seperti Amanah yang progresif, menekankan maqasid, lagi sederhana sikapnya amat sukar diterima. PAS berdiri di sebalik janji-janji produk “political Islam” seperti hukum hudud. Sedangkan Amanah mengimani Islam seharusnya untuk semesta alam.
Harus dinyatakan yang rakyat Kelantan tidak mengenal selain PAS dalam kehidupan berpolitik mereka. Kelantan dikuasai oleh PAS sejak pilihan raya umum pertama iaitu pada 1959 sehinggalah ke tahun 1978. Umno hanya berpeluang menguasai negeri tersebut dengan cara kotor dan sekali lagi terlepas ke tangan PAS pada 1990 sehingga sekarang.
Makanya kejayaan memacak bendera selain PAS di tengah Kota Bharu oleh seorang wanita, berlatar belakangnya perubatan dari parti Amanah tentulah sangat mendebarkan. Tambahan pula ia dilakukan ketika PAS Kelantan sedang menggelora.
Dalam sejarah politik Kelantan, PAS hanya akan lemah dan hancur dek persaingan dalaman. Pada 1977 misalnya kepimpinan politik negeri tersebut mengalami krisis sengit antara dua kem iaitu kem Mohd Asri Muda dan kem Mohamad Nasir. Pertelingkahan antara dua kem dalam PAS ini ialah untuk merebut kekayaan negeri. Kem Mohamad Nasir telah membuat pendedahan mengejutkan apabila menyenaraikan nama-nama pimpinan PAS Kelantan yang beroleh untung duniawi daripada pemberian konsesi tanah, perlombongan dan kayu balak ala Duff kepada beberapa syarikat Cina yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Singapura.
Sebagai contoh syarikat Timber Mines Development Corporation Limited telah diberikan konsesi tanah hutan seluas 400 ribu ekar selama 46 tahun. Fakta sejarah ini didokumentasikan oleh kajian Mustafa Ahmad dan Nur Azuki Yusuff berjudul “Keunikan Politik Kelantan dan Perebutan Kuasa Umno-PAS Dalam Lipatan Sejarah” termuat dalam buku “PAS Menjelang Pilihan Raya Umum” terbitan Penerbit Universiti Malaysia Kelantan (2020).
Pendedahan berani Mohamad Nasir mengenai nafsu pimpinan PAS itu menyebabkan kemarahan 20 Adun Kelantan yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar Kelantan iaitu Mohamad Nasir ketika itu. Usul tersebut kemudiannya menyebabkan berlaku rusuhan dan demonstrasi yang disertai oleh 80,000 orang pada 24 September 1977. Untuk memulihkan semula keamanan, Perdana Menteri Hussein Onn ketika itu terpaksa mengisytiharkan darurat. Demikianlah rakusnya persaingan dalaman PAS sehingga menyebabkan parti itu kehilangan hampir semua kerusi Kelantan pada PRU 1978.
Bagaimanapun, kepimpinan Umno dan Berjasa yang mengambil alih tampuk pemerintahan dapat dikatakan tidak berwibawa dan gagal menginspirasikan. Menteri Besar Mohamad Yaacob tatkala itu dilihat lemah dan dibayangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Ekoran itu PAS kembali menakluk Kelantan dengan menunggang masalah politik di peringkat persekutuan iaitu pertelagahan dahsyat Umno yang terjadi antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh. Untuk menawan Kelantan, PAS menunggang Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kimma dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990.
Kepimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkenalkan dasar-dasar Islam secara besar-besaran dan menjadikan Yayasan Islam Kelantan yang turun ke sekolah-sekolah sebagai benteng besar untuk menurunkan ketaasuban menebal terhadap parti ini. “Ketokohan” Nik Aziz menenggelamkan ketandusan pembangunan dan kemajuan Kelantan sehingga moto “Membangun Bersama Islam” menjadi mitos siasah paling berjaya dalam sejarah politik Islam moden. PAS tanpa kekok dan janggal memperkenalkan dasar-dasar Islam yang rigid sejak itu, sehingga mengekang kebudayaan dan kesenian yang dianggap melalaikan. Gerakan pendidikan yang berkesan di masjid dan sekolah agama menjadikan rakyat Kelantan yang sedia totok PAS itu tidak lagi dapat digoncang, malah PAS kian berhasrat untuk menggoncang pula negeri-negeri lain.
Namun demikian kematian Nik Aziz pada 2015 dan perpecahan kem progresif dan ortodoks PAS menyaksikan kemunculan parti Amanah pada 2016. PAS dapat dihujahkan amat rimas dengan Amanah. Pada PRU14, PAS melakukan serangan yang keras terhadap Amanah berbanding Umno yang dianggap sebagai musuh yang lemah. Dalam PRU14 itu bukan sahaja Amanah kalah, malah satu-satunya kawasan Parlimen di Kelantan yang boleh menerima Amanah adalah Kubang Kerian dengan jumlah undi untuk parti ini hanyalah 11,557 manakala Tumpat memberikan 10,003 undi untuk Amanah.
Sikap PAS terhadap Amanah di peringkat persekutuan juga amat buruk. Segelintir pimpinan PAS melayani Amanah seperti serpihan golongan munafikin. Presiden PAS sebagai misalan menyatakan PH termasuk Amanah sebagai “tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah”. Abdul Hadi Awang juga memanggil Amanah sebagai khadam DAP. “Kita tidak menganggap (Amanah) sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP”.
Kebencian pimpinan PAS Kelantan terhadap Amanah juga meluap-luap. Malah ketika PRU14, bekas timbalan menteri besar Kelantan yang kini berjaya disingkirkan, Mohd Amar Nik Abdullah telah memanggil Amanah sebagai “…hanya perkakas DAP”. Bukan itu sahaja Amar turut menyifatkan Amanah sebagai nanar; “Parti oren ini bagi saya parti nanar. Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar”. Beliau seterusnya mengatakan warna logo Amanah sesuai dengan warna pakaian tok sami, manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen TV di India, Imayam TV.
Harus dinyatakan selepas keluarnya kelompok sederhana daripada PAS, parti PAS dikuasai oleh golongan agamawan yang totok, jumud, patriarki dan tidak hendakkan perdamaian. Golongan profesional PAS satu masa dahulu kinilah yang membentuk parti Amanah. Hal ini terserlah pada satu batang tubuh di Kelantan iaitu Hafidzah Mustakim, seorang doktor perubatan. Beliau akan berdepan seorang dengan PAS di DUN. Ia memerlukan keberanian yang luar biasa.
Meskipun hanya menang tipis, terpaksa berdepan dengan pemulauan dan juga tuduhan sebagai musuh negara, iaitu sebagai juak Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditaja DAP, saya percaya Dr Hafidzah sukar dialahkan. Ini kerana sukar untuk PAS, sebuah parti patriarki untuk berdepan dengan seorang wanita lembut tetapi tegas ini. Sudah tentu, di belakang beliau ada pasukan besar yang akan membentenginya. Meskipun Amanah diluluhlantak di Kedah dan Terengganu, serta cedera parah di Selangor; kehadiran oren atau jingga di tengah hijau Kota Bharu tentulah satu kejayaan paling manis buat parti yang pernah dianggap olok-olokan, khadam Cina, tok sami dan tidak bermoral.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-85909781266496115482023-06-21T15:27:00.004+08:002023-06-21T15:27:53.481+08:00Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber
PETALING JAYA: Spekulasi hangat bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin
Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berselisih pendapat mengenai
hala tuju parti.
Khabar angin itu tercetus susulan laporan baru-baru ini yang
mencadangkan bahawa Perikatan Nasional akan menggantikan Hamzah dengan
individu lain sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Menurut Malaysia Gazette, gabungan itu, yang diketuai Muhyiddin,
sedang mempertimbangkan antara Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan
Ahli Parlimen Ketereh Khlir Nor sebagai pengganti Hamzah.
Seorang pemimpin Bersatu, yang enggan namanya disiarkan berkata,
Muhyiddin dan Hamzah berselisih pendapat berhubung hal-hal berkaitan
bagaimana PN dan Bersatu sepatutnya beroperasi.
Hal tersebut termasuk naratif yang patut diterima pakai apabila
menentang kerajaan, dan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRN akan
datang.
“Pada peringkat kepimpinan dan akar umbi, ikatan PAS dan Bersatu kukuh.
“Tetapi ada yang tidak selesa dengan pendekatan ‘Gelombang Hjau’,”
kata sumber itu, merujuk kepada pendekatan perkauman dan agama yang
dianjurkan oleh PAS.
“Di sinilah Muhyiddin dan Hamzah berselisih pendapat.”
Sumber itu berkata, kebanyakan pemimpin parti bersetuju bahawa
Bersatu perlu memperkukuh jentera partinya kerana ia sedang diatasi oleh
parti Islam itu.
Bersatu bagaimanapun tidak boleh menyalahkan PAS kerana parti Islam itu menguruskan dirinya dengan baik.
“Kami (Bersatu) juga tidak boleh dipersalahkan kerana parti ini baru
berusia tujuh tahun, sedangkan PAS sudah lebih 60 tahun,” kata sumber.
Berhubung kepimpinan masa depan parti, sumber itu berkata, Hamzah
mahupun Azmin Ali, yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT), tidak boleh menggantikan Muhyiddin menerusi pemilihan parti akan
datang disebabkan satu peruntukan dalam perlembagaannya.
Sumber itu berkata, perlembagaan parti memperuntukkan bahawa mereka
yang ingin bertanding jawatan presiden parti, timbalan presiden atau
naib presiden mesti menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal
penuh.
“Jadi, tidak timbul isu siapa antara Hamzah atau Azmin harus
memimpin, kerana ini akan memerlukan perlembagaan parti dipinda,”
katanya.
Sementara satu lagi sumber dari Bersatu mendakwa perselisihan antara
Muhyiddin dan Hamzah berpunca daripada peranan Azmin dalam parti.
Azmin, yang sedang dipersiapkan untuk menjadi “poster boy” akan
datang untuk parti, terlibat dalam beberapa perbincangan peringkat
tinggi yang tidak melibatkan Hamzah.
Semua keputusan nampaknya dibuat oleh penasihat Muhyiddin, dakwa
sumber itu. Kelihatan seolah-olah ada “parti dalam parti”, tambahnya.
“Orang presiden” ini, menurut sumber itu, sudah ada sejak Bersatu
ditubuhkan, dan sangat rapat dengan Muhyiddin sehingga tidak dapat
diketepikan oleh beliau.
“Barisan kepimpinan baharu Bersatu, yang mungkin diketuai oleh
Hamzah, harus mengambil alih untuk mengekalkan kehadiran politik yang
kukuh.
“Bagaimanapun, Muhyiddin mahukan Azmin,” kata sumber itu.
Pada Sabtu, Muhyiddin meletakkan tanggungjawab merampas Selangor
daripada Pakatan Harapan pada PRN akan datang ke atas Azmin, sebagai
pengerusi PN negeri.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-35256887801409155972023-06-21T15:00:00.001+08:002023-06-21T15:00:44.136+08:00'Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP'
Oleh Hariz Mohd
Ketika
spekulasi bertiup kencang tentang keputusan Acryl Sani Abdullah Sani
yang akan mengakhiri tugasnya sebagai ketua polis negara (IGP) pada
Khamis ini, timbul pula dakwaan seorang pegawai kanan polis dikatakan
akan diberi “laluan pantas” untuk mengisi jawatan itu.
Malaysiakini difahamkan bahawa ini mungkin berkaitan dengan pemindahan Ayob Khan Mydin Pitchay, sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mac lalu.
Ayob,
seperti kebanyakan pengarah lain di Bukit Aman, memegang pangkat
pesuruhjaya polis dan adalah antara beberapa pegawai kanan yang
dikatakan akan dipertimbangkan untuk menggantikan jawatan timbalan IGP.
Acryl
Sani dilaporkan akan menamatkan kontraknya empat bulan lebih awal dan
ini akan menyaksikan timbalannya Razarudin Husain menggantikannya.
Namun pelantikannya juga adalah berdasarkan kontrak kerana dia juga
telah melepasi umur persaraannya pada Mac.
Menurut
sumber dalam pasukan itu, ini bermakna Razarudin akan diberikan kontrak
untuk jawatan sebagai IGP, yang tempoh perkhidmatannya akan ditentukan
oleh kerajaan.
Sumber mencadangkan bahawa tempoh Razarudin sebagai
IGP mungkin selama setahun, atau mungkin lebih pendek, untuk membuka
laluan kepada Ayob mengambil alih tidak lama kemudian.
Ini,
menurut sumber yang rapat dengan keluarga diraja Johor, mungkin berlaku
bertepatan apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya pada awal 2024.
Malaysiakini
masih belum dapat pengesahan rasmi mengenai tempoh kontrak baharu
Razarudin, yang sepatutnya bermula sejurus selepas Acryl berundur minggu
ini, dan jika Ayob dilantik sebagai timbalan IGP memandangkan beberapa
pegawai tertinggi kerajaan yang dihubungi memilih untuk “menutup mulut”.
Sumber itu memberitahu Malaysiakini
bahawa bukan rahsia bahawa Sultan Johor telah berkenan dengan Ayob
sejak dia ditugaskan ke Johor sebagai ketua polis negeri pada 2020.
"Agak
jelas bahawa Tuanku mahu Ayob sebagai IGP. Tuanku tertarik dengan Ayob
yang menunjukkan kesetiaannya semasa memimpin kontinjen polis Johor,"
kata sumber itu.
Sumber mendakwa Ayob telah berjaya menarik
perhatian Sultan Ibrahim dengan sifat profesionalismenya dalam
menjalankan tugas, termasuk melenyapkan tanggapan bahawa dirinya mungkin
pro-Mahathir.
Apabila Ayob ditugaskan ke Johor pada 6 Februari
2020, Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu dan
diketahui umum dia tidak mempunyai hubungan baik dengan Sultan Johor.
“Jadi,
apabila Ayob dihantar ke Johor sebagai ketua polis negeri, ramai yang
menyangka dia dihantar oleh Mahathir. Tambahan pula, dia juga dari
Kedah, dan ini menjadikan khabar angin semakin kencang.
"Tetapi
Ayob telah menjelaskan kepada Tuanku bahawa dia tidak berminat untuk
terlibat dengan politik, dan membuktikannya dengan bersikap
profesional."
Sumber itu juga mendakwa dirinya, antara ramai lagi,
yang telah mendengar Sultan Ibrahim memuji Ayob dan prestasinya sebagai
ketua polis negeri.
Ayob, kini 57, memulakan kerjayanya dalam
pasukan polis pada 1991 dengan menghabiskan masa bertahun-tahun
berkhidmat di cabang risikan Cawangan Khas.
Dia kemudiannya dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk mengetuai Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas.
Pegawai
kelahiran Pendang itu kemudian dihantar ke Johor sebagai ketua polisnya
pada 2020, sebelum kembali ke Bukit Aman untuk mengetuai Jabatan
Anti-Narkotik pada Disember 2021, dan kemudiannya berpindah mengetuai
CID pada April tahun ini.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-81889043813625800942023-06-14T14:32:00.002+08:002023-06-14T14:32:55.911+08:00Ahmad Yakob akan berundur dari kerusi MB Kelantan?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Dun Kelantan akan dibubar pada 22 Jun ini. Pas yang berkerjasama dengan Bersatu sudah selesai agih kerusi. Pas bertanding di 38 kerusi manakala Bersatu 7 kerusi.
Pengagihan itu tidak bermasalah. Bagaimana pun yang mungkin merewetkan sedikit Pas siapakah yang akan jadi MB nanti
Melihat kepada track record dan mood rakyat Pas diyakini dapat pertahankan Kelantan dengan mudah.
Ahmad Yakob khabarnya tidak akan pertahan Dun Pasir Pekan sekaligus akan berundur dari kerusi MB.
Sehubungan itu ada tiga nama disebut mengganti Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah yamg kini timbalan MB. Nasaruddin Daud ecco agama dan Annuar Musa yang baru sertai Pas
Impian Annuar untuk dilantik jadi MB amat mustahil. Kecuali semua orang Pas Kelantan rabun dan senget otak sahaja ia bolrh berlaki. Justeru hanya nama Mohd Amar dan Nasaruddin yang munasabah.
Walaupun ada satu lagi nama tetapi orang itu tidak ada ghairah.
Perebutan dan lobi melobi secara senyap di antara Mohd Amar dan Nasaruddin sedang berlaku. Agen masing² mula mengkosmetikkan calon masing².
Memandangkan perebutan ini boleh memgucarkacirkan Pas Kelantan mungkin elok kalau Ahmad Yakob tangguhkan dahulu pengundurannya.
Beliau perlu bertanding dan pegang jawatan MB sekurang² setahun lagi mengikuti sunnah Nik Aziz sebelum ini. Trims
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-82781882331184297022023-06-12T15:14:00.000+08:002023-06-12T15:14:00.106+08:00UMNO sudah temui penawar untuk berdepan PRN?
Oleh Adha Ghazali
Ramai
rasanya bersetuju jika dikatakan ada riak gembira terpampang pada wajah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan
penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan
Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang melabuhkan tirainya kelmarin.
Sepanjang hampir 38 minit berucap di hadapan barisan perwakilan,
celoteh dan amanat Presiden UMNO itu sedikit pun tidak lekang dengan
hilai ketawa dan gurau senda.
Sekejap 'hoi', sekejap 'hei' dan kadang-kadang diselang-seli dengan
laungan 'hoi-hei' sambil disahut perwakilan - jelas sekali bibit
keakraban semakin ketara. Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin
Amiruddin pula tidak putus-putus mencelah dengan aksi 'keloloh' seperti
digambarkan Presiden, menambah gamat dalam dewan.
Jika keakraban ini dijadikan sandaran, tak salah dikatakan UMNO seperti sudah menemui penawar yang amat diperlukan.
UMNO sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi digambarkan
dalam situasi retak ter- utama dengan kewujudan dua 'kapal' dalam parti.
Satu kumpulan setia di bawah teraju Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO
dan satu lagi cenderung ke arah Perikatan Nasional (PN).
Selepas PRU15 pula, tindakan pecat dan gantung keahlian beberapa
pemimpin oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dilabel sesetengah pihak
sebagai operasi pembersihan, menyasarkan kelompok tidak sealiran dengan
Presiden.
Terkini, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang turut membabitkan
DAP - yang sekian lama dilabel 'musuh politik' UMNO - menyuntik
kekeliruan dalam kalangan akar umbi sehingga melarat ke dalam PAU kali
ini.
Persoalannya kini, apakah penamat gembira PAU 2023 ini mencukupi
untuk benar-benar merawat dan memulih UMNO yang digambarkan Naib
Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai berada dalam
keadaan cedera dan merosot kesihatannya?
Benar ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO perlu bermula dengan
kesatuan dan perpaduan semua pihak, namun kekusutan yang timbul dek isu
dan sentimen dimainkan pada peringkat akar umbi juga tidak kurang
penting ditangani.
Sebagai contoh, soal membabitkan kerjasama parti dengan DAP selaku
seteru politik UMNO sejak sekian lama. Apakah ini berjaya dirungkai di
pentas PAU kali ini?
Daripada reaksi perwakilan susulan desakan lantang Ketua Pemuda
UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang menuntut DAP memohon maaf atas
tohmahan ditujukan kepada parti itu sebelum ini, jelas sekali penawar
diperlukan untuk merungkai kekusutan ini bukan kecil anak.
Isu kerjasama UMNO, DAP terus dicanang
Perlu diingat, isu kerjasama UMNO dengan DAP tidak akan pernah
berhenti, malah bakal terus dicanang terutama di enam negeri yang akan
berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Justeru, UMNO perlu
cari titik ampuh sebagai solusi. Ibarat tarik rambut dalam tepung -
rambut tak putus dan tepung pula tak berselerak.
Apa pun pujian diberikan kepada beberapa perwakilan yang berhujah
untuk memurnikan kerjasama yang turut membabitkan DAP dalam Kerajaan
Perpaduan. Namun perlu diingat, PAU 2023 hanya dihadiri 6,341
perwakilan, sedangkan angka terkini ahli UMNO adalah 3.4 juta orang.
Apa jaminan mesej di pentas persidangan benar-benar sampai kepada
ahli pada peringkat akar umbi atau pengundi di enam negeri, mengambil
kira akses liputan media ketika penganjuran PAU juga agak terhad.
Kenyataan Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Said, selaku
wakil Pulau Pinang ketika berbahas juga wajar diambil perhatian apabila
melihat parti masih mengamalkan politik lama dengan lebih banyak
mengendalikan sentimen untuk menjawab dakwaan pembangkang, berbanding
'menyerang' mereka.
Apakah ini punca kepada persoalan dibangkitkan Ketua UMNO Batu,
Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Menteri Besar Pahang yang juga Naib
Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengenai undi diperoleh
Barisan Nasional (BN) ketika PRU15?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan BN memperoleh undi 3.46
juta di seluruh negara pada PRU15, hampir sama dengan bilangan ahli
UMNO.
"Adakah UMNO dan BN hanya mendapat sokongan undi daripada ahli parti
atau adakah kita gagal mempengaruhi ahli keluarga dan saudara terdekat
untuk menyokong kita? Atau adakah jumlah ahli yang benar-benar setia
kepada perjuangan parti jauh lebih rendah berbanding angka rasmi yang
kita banggakan?" demikian soal Wan Rosdy.
Yang jelas kini, PAU 2023 yang diharap untuk merungkai segala
kekusutan yang timbul sebelum atau pasca PRU15, selain menyuntik penawar
diperlukan untuk bergerak menuju PRN, sudah pun melabuhkan tirai.
Sama ada penawar diperlukan itu ditemukan ataupun sebaliknya,
hasilnya hanya dapat dinilai melalui keputusan PRN di enam negeri tidak
lama lagi.
Bak kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan - "... ada
60 hari sahaja maksimum untuk perkukuh parti sebelum PRN."
Waktu terus berdetik dan masa semakin singkat. Kini terpulang lebih
6,000 perwakilan PAU untuk membawa pulang mesej serta amanat PAU 2023.
Jika 'putih' dibawa pulang perwakilan ke akar umbi, maka insya-Allah
sekurang-kurangnya 'kelabu' atau 'putih' hasil bakal diraih. Namun jika
'kelabu' atau 'hitam' mesej dibawa pulang, maka peluang terhidang tidak
mustahil malap atau gelap.
Pengarang Berita BH
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-17220097726897424982023-04-04T12:01:00.002+08:002023-04-04T12:01:40.809+08:00Tak banyak Annuar boleh tawarkan kepada PN, kata penganalisis
PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa tidak dapat
memberikan banyak tawaran kepada Perikatan Nasional (PN) berbanding
bekas rakannya dalam parti, Shahidan Kassim, kata penganalisis politik.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, PN perlu memikat bekas
pemimpin Umno berpengaruh “besar” yang dapat membantu gabungan itu
memenangi lebih banyak undi Melayu di peringkat nasional, sesuatu yang
menurutnya tidak ada pada Annuar.
Beliau memberitahu FMT, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu hanya
berupaya menarik penyokong Umno di Kelantan untuk menyokong PAS, yang
menguasai negeri itu lebih tiga dekad.
Katanya, apa yang PN dan PAS perlukan adalah bekas pemimpin Umno
berpengaruh dari pantai barat untuk membantu mereka meluaskan asas
sokongan dalam kalangan pengundi Melayu, yang tidak dapat dilakukan
Annuar.
Tunku Mohar Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
berkata, pengaruh Annuar di Kelantan lebih lemah berbanding pengaruh
Shahidan di Perlis yang disifatkannya “institusi politik” di negeri
utara itu.
Shahidan
menyertai PN selepas dipecat Umno tahun lepas. Beliau dipuji kerana
membantu PN merampas Perlis daripada Barisan Nasional (BN) buat julung
kali.
Tunku Mohar berkata, PN sedang bekerja keras memikat bekas pemimpin
Umno menyertai gabungan itu untuk menjadi “parti de facto orang Melayu”.
Bagaimanapun, katanya, penyertaan Annuar dalam PAS lebih menguntungkan bekas menteri itu berbanding parti Islam berkenaan.
Sabtu lalu, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan
berkata, penyertaan Annuar dalam PAS sangat dialu-alukan kerana beberapa
ahli politik lain juga akan menyertai parti itu.
Katanya, tokoh politik berpengalaman seperti Annuar boleh memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan PAS.
Februari lalu, Annuar berkata, beliau “serius mempertimbangkan” untuk
menyertai parti politik baharu yang sepadan dengan nilai politiknya,
iaitu “melindungi Islam, orang Melayu dan negara”.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-24802683038097227092023-04-04T11:40:00.001+08:002023-04-04T11:40:13.336+08:00Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kembalikan saman terhadap Hadi
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan oleh dua penganut Kristian
dari Sabah untuk mengembalikan semula saman terhadap Abdul Hadi Awang
berhubung kenyataan Presiden PAS itu yang didakwa berbaur hasutan
terhadap penganut agama itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan
yang diketuai Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini
sebulat suara membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan peguam Hadi
Yusfarizal Yussof.
Panel berkenaan turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim Thiam Suan dan Harmindar Singh Dhaliwal
Peguam
responden mengemukakan bantahan berhubung permohonan kebenaran rayuan
yang tidak disahkan dengan betul oleh penandatangan yang tinggal di
Labuan.
Peguam kedua-dua warga Sabah itu, R Kengadharan memberitahu mahkamah bahawa dia menghadapi kesukaran untuk menghubungi deponen.
\Maklin
Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian memohon kebenaran untuk
memulakan rayuan bagi mengembalikan saman sivil mereka.
Pada 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman pemula itu dan Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan tersebut.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-43122454989137982682023-04-04T11:31:00.002+08:002023-04-04T11:31:12.907+08:00Mas Ermieyati dicalon pengerusi PAC baru
Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dicalonkan sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru manakala Wong Shu Qi
(PH-Kluang) pula dipilih sebagai naib pengerusinya.
Perkara itu dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat hari ini.
Pencalonan itu dibuat berdasarkan amalan sebelum ini, di mana pengerusi PAC dilantik dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.
Jika
mendapat persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen, Mas Ermieyati bakal
menjadi ahli parlimen kedua menyandang jawatan tersebut selepas Noraini
Ahmad (BN-Parit Sulong).
Ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini, jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-14387340966255667412023-04-03T16:19:00.003+08:002023-04-03T16:19:24.464+08:00Mahkamah tolak rayuan Sanusi, tambah ganti rugi
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan Menteri Besar Kedah Muhammad
Sanusi Md Nor membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada
bekas Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berhubung saman fitnah.
Ini selepas sidang tiga hakim terdiri daripada Vazeer Alam Mydin
Meera, Mariana Yahya, dan Wong Kian Kheong membenarkan rayuan balas
Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada
RM120,000.
Sementara itu, panel hakim itu menolak rayuan Sanusi untuk
mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Nov 2021 yang
memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan
saman fitnah Mahfuz.
Dalam penghakiman itu, Vazeer berkata tiada kesilapan oleh hakim
Mahkamah Tinggi dalam penemuannya mengenai liabiliti tetapi mengatakan
bahawa kuantum ganti rugi yang diberikan kepada Mahfuz oleh Mahkamah
Tinggi adalah rendah.
Beliau turut mengarahkan Muhammad Sanusi membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Sanusi serta Noorazmir
Zakaria yang mewakili Mahfuz, mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan itu
ketika dihubungi Bernama.
Keputusan itu disampaikan melalui prosiding secara dalam talian hari ini.
Pada November 2021, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohd Arief
Emran Arifin membenarkan saman fitnah Mahfuz dan mengarahkan Sanusi
membayar ganti rugi RM50,000 kepada Mahfuz.
Mahkamah itu juga mengeluarkan perintah injunksi yang menghalang
Sanusi atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap
Mahfuz pada masa hadapan.
Pada 9 Okt 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat
oleh Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan
Mahfuz selaku wakil rakyat Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke
kawasan itu.
Mahfuz juga mendakwa Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit
57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan
sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok
Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.
Yusfarizal berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama
ada akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah
Persekutuan.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-73377102423294062802023-03-21T14:11:00.002+08:002023-03-21T14:11:15.249+08:00Kawal pengeluaran caruman KWSP elak implikasi jangka panjang
Oleh Dr Syed Marwan Mujahid Syed Azman dan Dr Nazrul Hazizi Noordin -
Pandemik COVID-19 menatijahkan pelbagai cabaran ekonomi getir menekan
hidup rakyat. Justeru, demi meringankan beban rakyat ketika Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak
empat kali caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui
i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas berjumlah melebihi
RM145 bilion.
Pengeluaran KWSP ini juga mengakibatkan lebih separuh daripada
pencarum KWSP (6.7 juta ahli) kini mempunyai simpanan kurang daripada
RM10,000. Median simpanan KWSP juga berkurang lebih 50 peratus kepada
RM8,100 berbanding RM16,600 sebelum pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
pencarum Bumiputera adalah golongan paling terkesan daripada tindakan
ini dengan median nilai simpanan jatuh merudum lebih 70 peratus kepada
RM4,900 (berbanding RM15,500 pra-pandemik).
Sebagai perbandingan, simpanan pencarum kaum India pula hanya
berkurang 40 peratus kepada RM14,900 daripada RM27,000, manakala
simpanan pencarum kaum Cina hanya jatuh 1.0 peratus kepada RM45,200.
Jika dilihat daripada perspektif lain, median simpanan KWSP golongan
B40 merudum 70 peratus kepada hanya RM577 daripada RM2,434 sebelumnya.
Untuk golongan M40 pula, median simpanan jatuh 34 peratus kepada
RM19,926 berbanding RM30,113 sebelumnya.
Namun begitu, kisahnya berbeza bagi golongan T20 yang mana median
simpanan meningkat 9.0 peratus kepada RM152,964 berbanding RM140,440
sebelum ini.
Kini terdapat lagi desakan daripada pelbagai pihak untuk pengeluaran
seterusnya caruman KWSP. Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapatnya
golongan memerlukan bantuan kewangan sara diri dan bantuan modal
perniagaan pasca pandemik ini.
Pelbagai pihak termasuk pakar daripada pelbagai bidang sudah
mengulas isu pengeluaran KWSP sama ada dari sudut kesan jangka panjang
ekonomi dan sara hidup.
Meskipun begitu, bagaimana pula jika isu pengeluaran KWSP ini
dikupas dari perspektif maqasid syariah? Menurut Imam Ghazali, maksud
syarak untuk makhluk adalah lima perkara iaitu 'memelihara mereka
berkenaan dengan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta'.
Setiap satu mengandungi pemeliharaan asas yang lima ini, iaitu
maslahat. Dengan luputnya satu daripadanya, maka ia membawa kepada
mafsadah (kerosakan atau menimbulkan masalah).
Dari sudut Islam, agama ini meletakkan taraf sangat tinggi kepada mereka yang menjaga diri, harta, keluarga dan agama.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud; "Sesiapa terbunuh kerana
melindungi hartanya, dia seorang syahid. Sesiapa terbunuh kerana
melindungi keluarganya, dia seorang syahid. Sesiapa dibunuh kerana
melindungi agamanya, dia seorang syahid. Sesiapa terbunuh kerana
melindungi dirinya, dia seorang syahid".
Dalam konteks pengeluaran KWSP, sekiranya kerajaan membenarkannya,
pencarum mungkin bakal berhadapan dengan risiko kemiskinan pada jangka
masa panjang akibat tiada jaring keselamatan diperlukan ketika kecemasan
terutama membabitkan kesihatan dan kecelakaan.
Kemiskinan juga akan menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk
menghakis kepercayaan dan pendirian agama seperti sabda Nabi Muhammad
SAW dalam hadis riwayat Anas bin Malik, bermaksud: "Kemiskinan itu dekat
kepada kekufuran." Ini boleh terjadi jika individu terbabit menyalahkan
takdir atas kemiskinan atau kesusahan dialaminya.
Secara tidak langsung, ini memberi kesan kepada kepercayaan dan
pegangan agama individu itu dan sekali gus bertentangan dengan prinsip
'maqasid syariah' iaitu 'hifz al-din' (melindungi agama).
Selain itu, generasi terkemudian juga bakal terkesan dengan
ketiadaan dana untuk pelaburan pendidikan dan perbelanjaan yang dapat
meningkatkan kualiti hidup mereka pada masa hadapan.
Hal ini lebih meruncing tatkala Malaysia dijangka menjadi negara tua
menjelang 2030 dengan lebih 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke
atas.
Hal ini juga berkait rapat dengan prinsip 'maqasid' iaitu 'hifz
al-nasb' (melindungi keturunan), termasuk memastikan hak anak dan
keluarga terbela tatkala ibu bapa tidak mampu lagi untuk bekerja.
Tambahan lagi, tindakan membenarkan pengeluaran KWSP ini akan
memberi implikasi dan beban kewangan kepada kerajaan berikutan kos
kesihatan dan program sosial dijangka meningkat secara mendadak untuk
menampung keperluan golongan mempunyai masalah kesihatan dan tidak
mempunyai simpanan hari tua.
Maka, hal ini berkait rapat pula dengan prinsip iaitu 'hifz al-mal'
(melindungi harta) di bawah maqasid syariah. Bahkan, menjaga simpanan
KWSP untuk kegunaan masa hadapan dapat melindungi aspek maqasid syariah
dan ini satu jihad amat dituntut Islam.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka yang memerlukan bantuan
perlu diabaikan begitu sahaja. Inisiatif kerajaan menyuntik kembali RM1
bilion kepada dua juta pencarum KWSP melalui Belanjawan 2023 harus
dipuji.
Bantuan lain boleh digembleng institusi berkaitan kerajaan, pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan kewangan sosial Islam boleh diatur gerakkan
demi menampung keperluan semasa golongan ini.
Pertama, institusi kewangan sosial seperti zakat dan wakaf perlu
diperkasa supaya lebih proaktif dan cekap. Pihak KWSP boleh bekerjasama
dengan institusi kewangan sosial ini untuk berkongsi data dan mengenal
pasti pencarum KWSP mempunyai simpanan kritikal dan memerlukan bantuan.
Kedua, jangkauan dana pinjaman mikro perlu diperluas dan dipermudah.
Contohnya, inisiatif i-Tekad oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan
kerjasama institusi kewangan untuk membantu perusahaan mikro milik B40
wajar ditambah baik supaya proses permohonan lebih mudah, efisien dan
tidak membebankan.
Ketiga, kerajaan dan PBT harus menggiatkan bantuan serta mempermudah
urusan peniaga kecil. Contohnya, dalam urusan pelesenan, permohonan
tapak perniagaan dan bantuan latihan kewangan serta progmram mentor
keusahawanan.
Semoga dukungan dan kerjasama utuh daripada pemegang taruh dalam
menangani isu pengeluaran KWSP ini dapat mengekang kesan jangka panjang
negatif kepada semua pihak terutama pencarum.
Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-25968988154630085372023-03-21T11:58:00.001+08:002023-03-21T11:58:28.375+08:00Caruman jadi cagaran pinjaman tak langgar Akta KWSP, risiko rendah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan membolehkan
pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman
menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank sudah dirujuk kepada Peguam Negara.
Perdana Menteri menjelaskan, hasil rujukan itu mendapati tiada percanggahan membabitkan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.
Katanya, pemberian dividen terhadap peminjam kaedah itu akan diteruskan, sekali gus risiko dalam aspek terbabit sangat minimum.
"Dari sudut jaminan kepentingan peminjam, dividen akan diteruskan walaupun beri cagaran contohnya RM50,000 sebagai pinjaman.
"Dividen diberi sepenuhnya mengikut kumpulan asal dan tidak dipotong,
maka KWSP berasakan dalam beberapa tahun pulangan dapat diperoleh.
"Kalau sejumlah kecil yang gagal membayar tidak memberi kesan parah
kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah, jadi kalau berlaku
potongan mungkin dari sudut dividen.
"Risiko itu sangat minimum," katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) berhubung pandangan pinjaman bercagar KWSP melanggar Seksyen 51 Akta KWSP.
Pada 11 Mac lalu, Anwar berkata, langkah membenarkan ahli KWSP
menggunakan caruman mereka sebagai cagaran pinjaman peribadi tidak
bercanggah dengan Akta KWSP 1991.
Perkara itu juga sudah dibincang dan diperhalusi bersama pihak KWSP
sebelum kaedah itu diumumkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari.
Jelasnya, kebenaran kepada pencarum menggunakan wang simpanan KWSP
sebagai cagaran bank adalah bagi mereka yang mempunyai wang caruman yang
besar, namun berhadapan kesulitan.
"Kita tidak benarkan orang ramai keluarkan caruman KWSP lagi kerana
ini bukan waktu COVID-19 lagi, mereka boleh kerja, tetapi ada beberapa
kes mendesak dimaklumkan kepada kita.
"Umpamanya dia ada wang, tetapi tak dapat bayar yuran pendidikan anak
di luar negara dan kita tak benar keluarkan KWSP, jadi boleh guna
kaedah itu tetapi dengan syarat yang ketat," katanya.
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7908635685582088150.post-14355596657434917912023-03-21T11:50:00.004+08:002023-03-21T11:52:12.150+08:00Salah Faham Memahami
Oleh Zola
Islam tidak melarang penganutnya belajar dan faham tentang agama lain. Al-Quran menyebut, kedudukan orang berilmu mengatasi orang jahil beberapa tingkat. Apatah lagi jika ilmu itu bermuarakan iman.
Justeru saya pelik dengan sebahagian orang yang takut, bimbang, cemas, risau tak bertempat terhadap orang Islam yang mahu belajar dan faham berkaitan agama lain.
Jika kita mahu orang lain belajar dan faham agama kita, maka kita juga wajar belajar dan faham berkaitan agama lain.
Bukankah bahaya orang yang tidak kuat pegangan agama Islam belajar tentang agama lain?
Boleh jadi begitu, tetapi pada pengamatan saya, orang Islam yang tidak kuat pegangan Islamnya tidak berminat pun untuk belajar dan memahami agama lain.
Logiknya, jika agama anutannya sendiri pun tidak diminatinya untuk difahami, entahkan agama lain?
Dunia maklumat sudah tidak punya sempadan lagi. Dulu, Imam al-Bukhari terpaksa merantau dari satu negeri ke satu negeri untuk mengambil satu hadith. Kini, hadith boleh dipelajari secara maya. Orang lain boleh belajar berkaitan Islam tanpa perlu ke masjid, sama seperti orang Islam boleh belajar tentang agama lain tanpa perlu memasuki kuil.
Satu hal lagi, orang Islam mesti yakin dengan kehebatan iman. Sesudah memasuki hati, dedahkan apa sahaja perkara kepada pemiliknya, iman tak akan keluar. Orang beriman tetap gementar hatinya apabila diungkap nama Tuhan.
Demikian penegasan al-Quran. Cahaya iman biarpun secebis, lebih terang berbanding cahaya matahari.
Saya tidak menafikan keterjejasan iman jika tidak dibaja, tetapi untuk iman keluar dari hati seseorang, Allah lebih mengasihi hamba-Nya berbanding hamba-Nya itu mengasihi dirinya sendiri. Dengan syarat, orang itu beriman dengan jujur.
Saya tidak bermaksud orang Islam boleh keluar masuk gereja atau kuil sebarangan. Perbuatan itu dikira sia-sia. Orang beriman tidak terlibat sama sekali dengan perkara sia-sia. Agama kita dengan tegas melarang keterlibatan dengan perkara sia-sia sebegitu.
Maksud saya ialah, usah mempergunakan sentimen keagamaan, kononnya untuk menjaga iman atau memelihara aqidah sehingga mendorong kita untuk memercikkan api kebencian antara penganut pelbagai agama di negara ini. Perbuatan itu juga sia-sia.
Kita orang Islam wajar mengoreksi diri sendiri berbanding menyalahkan pihak lain kononnya mereka berusaha mahu mengeluarkan orang Islam daripada Islam.
Koreksilah akhlak kita, cara kita berkomunikasi, institusi agama kita, agamawan kita, masjid kita dan apa sahaja yang berkaitan dengan kita, adakah kita sudah berada pada tahap paling baik untuk memperlihatkan keindahan agama kita?
Atau kita hanya bermain dengan sentimen padahal kita tidak berbuat sewajarnya untuk memartabatkan agama kita?
Editor Akhbar Rakyathttp://www.blogger.com/profile/12933244956758049908noreply@blogger.com0