Oleh RAJA BAHRIN SHAH
Kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Satiful Bahri yang
mengatakan Amanah ibaratkan "Si Luncai dengan Labu labunya" amat di
kesali. Apakan lagi datangnya dari seorang ustaz yang merupakan
pesuruhjaya parti Islam namanya. Kami yang tak ustaz pun tidak tergamak
mengeluarkan kata-kata begitu yang merendahkan keupayaan orang lain
sedemikian rupa.
Tuduhan Ustaz Satiful yang Amanah di Kelantan berpakat dengan Umno
untuk menjatuhkan Pas tidak mempunyai asas seperti situasi di Terengganu
pada tahun lepas di mana PAS terang terang menyelamatkan UMNO pimpinan
Razif semasa undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Semasa ahli-ahli Umno sendiri di ketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said
mengemukakan undi tidak percaya di Dewan, Pas tidak menyokongnya. Kalau
orang Umno sendiri tidak percaya kepada Razif, Pas pulak menjadi
penyelamat penyambung hayat beliau.
Ini ibaratkan pemain bola Umno telah tolong "memeteh" untuk memberi
tendangan penalti kepada Pas, Pas pulak menolak penalti yang diberi
pengadil! Ini amat luar biasa dan munasabah untuk kita mempunyai asas
mengatakan "Pas berpakat dengan Umno" untuk ianya terus berkuasa.
Dimanakah pula asas Ustaz Satiful menuduh Amanah hendak berpakat
dengan Umno? Ustaz patut tahu hukum menuduh tanpa asas dan bukti dalam
Islam.
Saya menasihatkan Ustaz memberi tumpuan kepada kenyataan Sarawak
Report yang menuduh PAS menerima RM90 juta dari Umno. Sarawak Report
menafikan Pas telah menyaman mereka setelah berjanji untuk berbuat
demikian selepas satu bulan.
Pimpinan tertinggi Pas telah menyatakan saman telah dibuat sementara
Sarawak Report menyatakan mereka hanya menerima "surat tuntutan" maaf
dan ia bukan merupakan saman. Pimpinan Pas patut tahu bezanya diantara
"letter of demand" dengan saman. Sarawak Report masih menunggu saman.
Selepas tuduhan umum Sarawak Report, Datuk Husam pula menyatakan
dengan lebih khusus RM90 juta itu dipercayai melalui Affin Bank dan akan
memberi butirannya menjelang PRU 14. Pas sekali lagi mengugut untuk
saman. Rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran bila lagi nak saman
sementara yang Sarawak Report yang berbulan dahulu pun belum dilakukan.
Kalau saman Sarawak Report dan Datuk Husam, rakyat akan dapat tahu
butiran pemberian RM90 juta tersebut. Dan kalau Pas tidak menunaikan
ikatan janji dengan penderma RM90 juta tersebut, mungkin penderma pulak
akan mendedahkan butiran akaun RM90 juta tersebut! Jadi saya rasa
baiklah Ustaz Satiful tumpu tolong menyelesaikan masalah "dilema"
perangkap buatan sendiri ini.
Saya menjangkakan jika kapal di naiki oleh mereka yang tertentu dan
rakan-rakannya karam di lautan yang makin begelora, "labu labu" muatan
kapal tersebut akan terdampar di Pantai Timur diantara Paka dan Marang!
* Penulis adalah Pengerusi Amanah Terengganu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan