Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, P Waytha Moorthy sedih dengan tindakan pengguna media sosial menghina kemunculan seorang cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen semalam.

Waytha menyifatkan Arunachalanandaji, bukan warganegara India yang menetap di India dan dihormati kerana kebijaksanaan dan dedikasinya, sebagai kawan rapat dan saudaranya yang mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat.

“Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India,” katanya ketika dihubungi mengenai gambar di media sosial yang mendakwa ada “hantu” dalam galeri awam Dewan Negara.

Sebuah portal berita melaporkan mesej viral “gambar hantu lelaki berambut panjang dan berjanggut lebat”.
Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara untuk menyaksikan Waytha dan 4 individu lain mengangkat sumpah sebagai senator dan kemudiannya dilantik menganggotai Kabinet.

Waytha yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan kesejahteraan sosial berkata, beliau mempelawa Arunachalanandaji kerana menghormatinya.

“Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya angkat sumpah,” kata pengerusi Hindraf itu yang kali ke-2 dilantik ke Kabinet.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan