Boikot Foodpanda: Syed Saddiq tidak bincang dalam Kabinet langsung - PM

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk ‘memulaukan’ syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kenyataan Ahli Parlimen Muar itu sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yakin Syed Saddiq berkaitan dengan cadangan ‘memulaukan’ itu mempunyai sebab-sebab tertentu.

“Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung.

“Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya semalam mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh.

“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.

"Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna," katanya.

Kenyataan itu susulan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan mogok penghantar terhadap skim pembayaran baru mereka
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan