Kaji selidik: Sembilan daripada 10 pekerja Malaysia terjejas akibat Covid-19

KUALA LUMPUR,  — Sembilan daripada 10 pekerja di Malaysia menyatakan pandemik Covid-19 memaksa mereka melakukan perubahan, menurut kaji selidik oleh agensi cari kerja JobStreet.

Mengambil pandangan kira-kira 5,000 responden pada Mei, kebanyakannya menggambarkan perubahan itu tidak menguntungkan dan berlaku di banyak tempat.

Hampir 58 peratus responden mengatakan mereka rasa perlu terus bekerja dari rumah, 48 peratus berkata pandemik ini gaji dan imbuhan, sementara 24 peratus mengatakan mereka dipaksa mengambil cuti.

Sementara 66 peratus responden mengalami beban kerja, terutamanya pekerja yang dibayar gaji tinggi dalam organisasi besar.

Beban lebih terasa bagi pekerja sektor pendidikan dan pengeluaran apabila masing-masing perlu belajar mengawal dan memenuhi permintaan barangan lebih tinggi.

Sebaliknya, pengurangan skop kerja dirasai pekerja di sektor hospitaliti dan katering pada tahap 45 peratus, serta sektor kejuruteraan dan pembinaan pada 36 peratus.

Kaji selidik juga menunjukkan satu daripada tiga pekerja mengalami pengurangan gaji lebih 30 peratus. Walau bonus dikurangkan atau dibatalkan serta gaji dipotong, golongan pekerja sepenuh masa ini paling rendah risiko diberhentikan kerja dalam tempoh jangka panjang.

Akibatnya, tahap kegembiraan kebanyakan pekerja kini yang bimbang dengan hal kewangan dan jaminan kerja semakin menurun.

Paling ramai terkesan dari sektor perkhidmatan dan yang mempunyai anak kecil. Pekerja sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga menilaikan tahap kegembiraan bekerja mereka semakin berkurang.

Bulan lalu, data rasmi menunjukkan hampir 800,000 rakyat tempatan hilang kerja pada April akibat langkah berjaga-jaga syarikat berdepan cabaran musim pandemik.

Angka pada Mei dijangka akan menunjukkan jumlah lebih buruk.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan