Pastikan tapak projek sentiasa selamat

Satu kejadian maut dihempap kren di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokima (Rapid) di Pengerang, Johor telah dilaporkan.

Dipercayai dua pekerja tapak projek berkenaan meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak berkuasa perlu mengkaji semula tatacara operasi piawai (SOP) dan peraturan terhadap pengendali kren mahupun kontraktor tapak pembinaan di negara ini bagi mengelakkan kemalangan berulang.

Ini kerana kejadian dihempap kren sehingga menyebabkan kematian pekerja adalah kejadian yang serius.

Hukuman harus dikenakan kepada mana-mana pengendali kren atau kontraktor juga perlu diperketatkan supaya mereka tidak mengambil mudah mengenai tahap keselamatan.
Pengendali kren tidak kompeten antara faktor yang dilihat menyumbang kepada kekerapan berlakunya kemalangan di tapak pembinaan.

Satu pemeriksaan secara berterusan harus dilakukan oleh pihak berkuasa di setiap kawasan pembinaan dan menyenarai hitam kontraktor yang tidak mematuhi SOP supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Kren yang digunapakai di tapak projek hendaklah diselenggara mengikut keperluan pengeluar dan diuji dari semasa ke semasa oleh individu yang kompeten sebelum digunakan.

Saya sarankan juga pihak berkuasa agar memastikan kontraktor menggunakan khidmat pengendali kren bertauliah, manakala pegawai bertugas di tapak pembinaan juga perlu memeriksa keadaan kren supaya selamat digunakan.

Satu siasatan forensik harus dilakukan untuk membuktikan sekiranya terdapat kecuaian dalam menjalankan tugas serta menentukan punca kemalangan itu.

Arahan berhenti kerja serta-merta terhadap tapak pembinaan ini harus dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebagai badan yang bertanggungjawab.

* Hassan Karim adalah pengerusi PKR Johor dan timbalan pengerusi Pakatan Harapan negeri
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan