‘Bagaimana jadi wakil rakyat jika bahasa Melayu lemah’

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon mempertikaikan kemampuan sesetengah wakil rakyat mewakili masyarakat jika tahap penguasaan bahasa Melayu mereka lemah.

Beliau dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, kelemahan menguasai bahasa kebangsaan itu menyebabkan sesetengah ahli Parlimen atau adun tidak mampu menyuarakan masalah rakyat dengan berkesan, malah menjadi bahan tawa wakil rakyat Melayu dalam sesi perbahasan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, ramai yang beranggapan belajar bahasa Melayu membazir masa menyebabkan sering timbul perkataan “lu lu, wa wa” ketika berkomunikasi dengan kaum lain.

Chong ketika menghadiri program di sebuah sekolah rendah di Seremban pada malam kelmarin menyifatkan tahap penguasaan bahasa Melayu sedemikian “tak boleh pakai”.

“Menguasai bahasa Melayu ialah tanggungjawab warganegara, hanya selepas orang Cina boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik, barulah maruah mereka selaku warganegara dapat dipertingkatkan.”

Beliau membidas sesetengah orang Cina menganggap bahasa Melayu tidak penting, malah ada netizen yang berpendapat bahasa kebangsaan itu hanya boleh diguna pakai dalam negara ini, manakala bahasa Inggeris serta Cina “lebih laku” di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau menyeru netizen tidak mengelirukan orang lain supaya tidak belajar bahasa itu melalui penyebaran kenyataan kononnya “bahasa Melayu tidak penting dan jangan bazir masa belajar bahasa Melayu”.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan