IMAMS akur pembatalan perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Pengendali Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) akur dengan arahan kerajaan membatalkan perkhidmatan tersebut serta merta pada 15 Disember lepas.

Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata syarikat tersebut akan terus beri kerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta mana-mana pihak terbabit dalam memastikan transisi peralihan semua data dan sistem perjalanan umrah akan berlangsung baik dan lancar demi menjaga kepentingan jemaah umrah Malaysia.

Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Sabtu.

Pengumuman pembatalan pelaksanaan sistem itu dibuat berikutan pelbagai reaksi masyarakat kerana ia dilihat mengakibatkan penambahan kos mengerjakan umrah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan sistem itu sebagai tindakan tepat dan beliau tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah.

Susulan pembatalan sistem IMAMS, Mas Ermieyati berkata kerajaan akan mencari kaedah baharu lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan