BN perlu henti salah guna jentera kerajaan bagi kempen politik – Liew Chin Tong

Calon HARAPAN Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong menyeru agar calon-calon Barisan Nasional (BN) berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan bagi kempen pilihan raya dan kepentingan parti politik mereka.

“Saya terkejut dengan perbuatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tanpa segan-silu mempergunakan jentera agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi kegunaan partinya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Chin Tong, dalam program MCA malam tadi di Yong Peng, JPJ digunakan sebagai pengiring kepada Liow and pemimpin-pemimpin MCA lain.

“Ia bukan majlis Kementerian Pengangkutan atau JPJ atau mana-mana badan kerajaan. Ia terang-terangan kempen politik MCA. Mengapa JPJ terlibat?

“Malah, majlis malam tadi merupakan program untuk meraih sokongan kepada saingan saya di Ayer Hitam, iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta pengumuman calon-calon MCA bagi mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14 ini.

“Kita semua tahu bahawa pada waktu-waktu biasa, jentera kerajaan dilarang digunakan untuk tujuan politik. Apatah lagi jika ia dilakukan sewaktu PRU,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Liow supaya menjelaskan tentang penggunaan jentera JPJ untuk kepentingan partinya, dan memohon maaf kerana telah menyalahgunakan amanah kerajaan.

“Beliau juga perlu berikrar kepada rakyat bahawa beliau tidak akan lagi menyalahgunakan kuasanya.
“Dalam mana-mana PRU, Liow dan semua calon yang bertanding adalah sama sahaja status mereka,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan