Bonda tidak izin bertanding: Nik Omar

KOTA BHARU - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan beliau tidak akan menyertai Amanah termasuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah yang menjelaskan beliau antara individu yang akan menyertai Amanah dan sedang melakukan perundingan keluarga.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat adalah kerana faktor ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak memberi kebenaran untuk berjuang dalam bidang politik.
Mengakui bahawa kecenderungan untuk berpolitik wujud hasil didikan Allahyarham bapanya, Pengetua Maahad Darul Annuar, Pulau Melaka itu berkata, pandangan ibu mesti menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dalam kehidupannya.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan,

“Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya

Sebelum ini, Nik Omar yang tidak memiliki jawatan dalam Pas dikatakan akan menyertai Amanah dan akan bertanding dalam PRU14.

Amanah dikatakan mencalonkan beliau di kerusi Dun Chempaka, iaitu kawasan yang pernah ditandingi Nik Abdul Aziz.

Ketika ditanya adakah beliau mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah dalam masa terdekat, Nik Omar mengakui tidak ada masalah memberi pandangan dengan pimpinan parti itu.

“Saya secara peribadi tidak suka bergaduh, suka berkawan semua orang. Saya tidak ada masalah jumpa dengan semua orang termasuk pimpinan Amanah.

“Mungkin pemikiran saya lain, jadi pandangan dilihat selari dengan apa yang dibawa oleh Amanah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, masih ahli Pas tetapi membawa pandangan berbeza iaitu parti itu tidak boleh berkembang dengan pendekatan yang dilakukan kini.

“Saya masih ahli Pas dan ahli seumur hidup selepas balik dari Mesir. Kalau tanya, saya juga pangkah Pas, tetapi saya melihat untuk menang dalam politik kita mesti dalam gabungan.

“Sekarang ni Pas sendiri. Pas itu kuat, tetapi gabungan itu tidak kuat, itu yang saya tekankan dan Pakatan Harapan memiliki gabungan yang kuat dengan empat parti memiliki kekuatan masing-masing,” katanya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Nampaknya keluarga TG Nik Aziz masih selesa dibuai puji-pujian org sekeliling. Mereka tak ada sifat kepedulian pd nasib masyarakat Kelantan yg ditindas kerajaan PAS. Seluruh keluarga TG Nik Aziz hanya istiqamah pd parti tetapi tidak istiqamah kpd akhlak ayahanda mereka. Amat menyedihkan.

    Ana rasa kecewa dgn keluarga TG Nik Aziz, tidakkah kalian tahu betapa susahnya kami nak membantu parti PAS di peringkat bawahan. Betapa susahnya nak tarik pengundi2 non-Muslim memangkah PAS.

    Ana rasa anak2 TG Nik Aziz lebih rela melihat maruah bapa mereka dipijak2 oleh pimpinan Hadi Awang skrg kerana pimpinan PAS terengganu sememangnya anti TG Nik Aziz. Keluarga TG Nik Aziz lebih pedulikan status-quo kepartian dpd maruah bapa mereka yg dicerca segelintir pimpinan Terengganu.

    Ana sangat hairan mengapa anak2 TG Nik Aziz langusng tidak marah pd Dr. Hasan Ali dan Nasha yg terang-terang isytihar TG Nik Aziz penghalang kpd pembentukan UG dahulu. Amat memalukan dan tiada langsung maruah.

    Sami2 Hindu di Kuil Persiaran Gurney, Pulau Pinang lebih mulia dr anak2 TG Nik Aziz kerana mereka semua amat mengkagumi kepimpinan TG Nik Aziz.

    Ana bukan marah sebab tak jadi calon PH tetapi marah kerana tiada satu ayat pun dari anak2 TG Nik Aziz yang menentang PAS berbaik2 dengan UMNO.

    BalasPadam
  2. Tak jadi takpe.
    Janji undi PH...
    Ajak anak isteri, kawan2 undi PH

    BalasPadam